Tuesday, August 17, 2010

Elseve Smooth-Intense Ultra-Riche Leave-In Mask

Beberapa hari lepas sample yang telah dijanjikan oleh OnlyBeauty sampai. Suka dapat benda free ni. Tak sempat buka tudung lagi dah aku koyakkan sampul berisi sepeket Elseve Smooth-Intense Ultra-Riche Leave-In Mask.  Nak tau macam mana aku dapat sample tu? Klik kat sini --> OnlyBeauty

Semua sample tu free. Tak perlu bayar apa-apa kalau nak sample-sample tu, cuma kena daftar dan minta sample. Tu jer...Selain tu, ada jugak OnlyBeauty ni organize contest untuk ahli-ahlinya.  Kalau rajin, masuk je.  Setakat ni, aku belum pernah menang contest yang dia buat.  Sample ada la 2 kali. Yang pertama dah sampai, ni tengah tunggu yang kedua pulak. Apa yang bakal aku dapat lepas ni?? Nanti bila dah sampai aku bagi tau k...

Semalam, baru cuba sample yang aku dapat tu.  

Dapat sample dalam paket je, bankrupla Loreal kalau nak bagi 1 jar hair mask.
Blur pulak gambar ni, tapi mask ni untuk menjinakkan rambut yang degil  macam kepala bapak singa la.
Ni la rupa hair mask tu.  Bau wangi & senang nak pakai. Yang penting tak payah bilas sebab aku memang malas nak membilas-bilas ni. Pakai syampu dengan perapi pun aku rasa macam nak lemas je time nak membilas rambut.

Pakai hair mask ni memang best. Takdela mengerbang rambut selepas kering bila dicuci. Bangun tido pun, elok je rambut tu. Sikat sikit-sikit, pakai hair band dah boleh keluar bilik untuk sahur..hehehehehe....Sape-sape yang nak sample free, daftar la kat OnlyBeauty ek. Selamat mencuba!


No comments: