Tuesday, August 3, 2010

Suka cantik?

Aku sukakan kecantikan. Pada aku kalau hendak cantik, mesti rajin.  Tak boleh malas. Disebabkan itu, banyak petua yang aku amalkan dari aku kecik lagi dan kebanyakan petua yang aku amalkan aku tak rasa macam petua lagi. Ia adalah kehidupanku.  Contohnya macam makan bersulam air. Aku tak pernah rasa satu beban sebab aku dah terbiasa habiskan makanan dulu sebelum minum air.  Kalau hendak minum, aku akan minum sebelum menyuap makanan terlebih dahulu.

Keinginan untuk cantik bukan kerana hendak punya ramai teman atau memikat kaum bukan sejenis tapi lebih kepada kepuasan diri sendiri. Aku puas hati bila dapat pakai baju cantik dan terletak dengan badan, aku puas hati bila baju yang dibeli tidak melebihi saiz M, aku puas hati bila pakaian yang dibeli 10 tahun dulu masih boleh dipakai hingga kini (cuma tak pakai la sebab dah out of fashion, sekadar sebagai penanda saja).  Aku juga puas hati bila naik atas penimbang berat badan masih menten dan puas hati bila bertemu kawan lama yang beritahu aku mudah di cam kerana masih sama seperti dahulu (aikk!!!muka  ni tak nampak macam umur 26 kah?ada gambar mukaku dibahagian kiri blok ni, maka nilailah sendiri) dan satu statement berlagak aku (ini kelemahan aku) ialah apabila aku berjalan dengan sepupu yang muda 6 tahun dari aku lalu kawannya yang tidak mengenali aku menyangkakan aku adalah girlfrennya...hahahahhaha....doesn't make sense ok! I don't like 'anak ikan'.

Berbanding zaman belajar yang dikelilingi rakan sebaya, tak banyak ilmu bukan akademik boleh dikongsi. Masuk dalam dunia pekerjaan membuka mata aku kepada koleksi produk kecantikan di pasaran.  Maklumla apabila bekerja bercampur dengan rakan yang tidak sama umur lalu perkongsian ilmu kecantikan dan pengalaman amat banyak.  Dari situ, yang baik jadi teladan dan yang buruk jadi sempadan. Bermula dari kedai fizikal, aku beralih ke kedai maya.  Bersandarkan testimoni oleh pengguna terdahulu aku cuba-cuba untuk memesan produk kecantikan dan kesihatan secara online.

Dan...inilah yang telah terjadi menerusi alam maya..
Beautee Ampoule - Vitamin C
Ingat lagi tak entry sebelum ni aku ada beli 1 botol nuetralizing ampoule, sekarang aku beli sekotak Vit C ampoule.  Dah 3 botol aku pakai, rasa sangat best.  Dari segi perubahan warna atau keserian kulit muka tak dapat dipastikan sebab takde pun orang puji. Tapi, aku bukan pakai sebab nak orang puji, yang penting tiada jerawat baru naik walaupun menjelang waktu istimewa kaum wanita :). Nak cantik ni tak perlu orang recognize or bagi puji-pujian tinggi melangit ok, yang penting diri sendiri puas hati sudah.


Egyption Magic Cream
Dah seminggu pakai sebagai krim malam.  Kulit jadi lembut dan lembap je bila disentuh.  Tak kering dan tak berminyak.  Walaupun rasa sangat berminyak pada 20minit pertama selepas sapu krim ni keseluruh wajah, tapi ia akan menjadi normal selepas itu dan tentulah rasa lembut je pipi tu..pagi-pagi bleh buat iklan SK-II tepuk2 kat pipi skit toing..toing..hehehehe...
Lip mask
Yang ni belum pakai lagi. Embah ada dirumah sekarang ni. Kalau pakai dikhuatiri embah akan terkejut sehingga buntang mata apabila melihat cucunya mempunyai bibir lebih tebal daripada Angelina Jolie gitu..auuw!! 
Hair capsules
Yang ni, baunya kurangggg......enak..tapi hasilnya berbaloi jugak. Dapat la menjinakkan rambut ku yang keadaan asalnya adalah seperti bapak singa terutamanya pada waktu pagi.


Whitening Spa Salt for Armpit & Bikini Area
Bahagian tersorok pun kena ambil berat.  Ingat, nak cantik bukan kerana nak orang tengok, tapi demi kepuasan diri sendiri.  Tapi, aku tak berapa gemar skrub ni...bau dia tak sedap sangat.  Jadi, tiada pembelian kali kedua untuk ini. Kesannya???sebab kurang gemar, tak pakai selalu..tak nampak kesan.


Yogurt Spa Milk Salt
Yang ni, baunya sedap je...manis macam bau chewing gum.  Lepas pakai rasa kulit lembut je..lagi kalau lepas mandi terus sapu lotion kat badan...best je rasa...Mood tak elok pun bleh jadi elok.  Harus buat pembelian kali kedua ni! Lagipun, yang ni ada vitamin E dan collagen, bleh hilangkan parut dan tegangkan kulit.

Dibawah ni, bukan produk yang aku beli secara online. 


Facial Mask - dari kiri, Apple, Pearl Powder, Cherry Blossom dan Strawberry - yang ni beli kat Guardian 
Setakat ni, hanya dah pakai Apple mask.  Best ler...essence banyak, yang lebih tu buat sapu kat bahagian leher. Lepas pakai rasa gebu je (walaupun pandangan mata tak berapa gebu, rasa gebu pun jadila)

Eye mask-Witch Hazelnut Lifting (beli kat Sasa), blom pakai lagi. 

Eye mask - Arnica refreshing (beli kat Sasa)
Dah pakai, kalau ikut instruction 20 minit je pakai. Tapi sebab eye mask, kena la tutup mata.  Lastnyer aku tetido sampai kul berapa entah.  Terjaga je, terus buang mask kat tepi katil dan sambung tido. Tak kuasa aku nak bangun dari katil. Pagi tadi baru kutip letak dalam tong sampah. Tapi memang fresh la rasa kat mata tu, lembap je. Kesan lain? ntah la, orang sebelah aku tak cakap ape2 pun pagi tadi.  

Tapi dia memang camtu, pakaila segala produk pun sume die tak perasan.  Dulu, mula-mula aku pakai blusher pun lepas 2 minggu baru dia tegur pakai pemerah pipi ke???Sama kes jugak la masa aku mula belajar pakai eye liner, jangan harapla dia akan tegur cantik ke, tak cantik ke...takde komen langsung.  Yang heran pulak, mat despatch kat opis aku ni pulak yang perasan perubahan-perubahan aku.  Aku pakai eye liner, sibuk dia dok perati  muka aku dok cari apa yang lain kat aku hari tu.  Aku pakai blusher, si mat despatch ni jugak la yang perasan. Kawan perempuan, takyah cakap la. Diorang memang advance.  Nama pun pompuan kan????....mestilah bab kecantikan ni cepat je bagi response.

Nasib baikla aku jenis tak kisah, yang penting aku suka buat apa yang aku suka.  Lagipun, aku buat semua tu adalah untuk diri aku sendiri.  Rasa cantik akan buat hati senang.  Kalau ada yang puji aku cakap terima kasih takkan nak berbangga diri pulakkan, lagipun bukan cantik pun mungkin lebih sesuai diklasifikasikan sebagai sedap mata memandang. Tapi pujian yang sangat-sangat aku hargai bila dia datang dari kanak-kanak. Sebab, kanak-kanak tak pandai menipu, terutama yang berumur bawah 5 tahun. Mereka akan buat hati aku gembira sepanjang hari. :)

No comments: