Monday, August 9, 2010

Congrats bro!!!

Seronok kalau dah tamat pengajiankan?
Ingat lagi masa aku dapat result semester akhir, rasa macam nak melompat ke siling bila tengok slip tu. Result takde yang sangkut walaupun bukan lulus cemerlang, dapat tamat pengajian dengan CGPA yang boleh dikatakan layak untuk memohon kerja pun dah bersyukur. Tak ada penyesalan pun, sekurang-kurangnya itulah hasil usaha menjawab peperiksaan dengan jujur dan tamat pengajian mengikut masa yang ditetapkan.

Baru-baru ni, aku balik kampung untuk meraikan kejayaan adik lelaki aku, Mail yang berjaya menamatkan pengajian dalam bidang farmasi. Nampak hebat??Hmm...memangla dia sumber rujukan keluargaku mengenai ubat-ubatan, tapi dalam hal makanan tambahan untuk kesihatan dan kecantikan....aku masih lagi menjadi tempat rujukan adik-beradikku. Tak kisahla....hahahahaha...

Sokongan tambahan...siap pakai baju kaler sedondon lagi..
Dari rumah, kami bertolak pukul 5 pagi. Sebenarnya USM tu bukanla jauh mana pun, tapi sebab takut jem kat jambatan Pulau Pinang kena la bertolak awal.Sampai aku nak letak bedak kat muka pun depa tak bagi.  Nasib baik sempat mandi dan sarung baju. Tapi, aku sempat la men'touch up' muka aku bila dah sampai kat USM pagi tu.
Sebagai kakak yang tua, Ijun menjalankan tugasnya.
Sampai je, selepas solat Subuh terus Mail pegi tempat yang dikhaskan mengikut fakulti. 
Pin elok2 Ijun...satgi kena baju dia rusaaaakkkkk....
Ijun yang masih bersemangat USM menolong Mail pakai jubah & hud. Sambil-sambil tu dia mengenang kenangan dia kat USM tu.
"Nih, kaler ijau ni time zaman aku school engine yang guna.  La ni depa tukaq plak budak farmasi pakai"
Bersama official photograper on that day, Ija
Sendiri punya dah ok, baru pi betulkan jubah orang lain.
Sarapan pagi, 3 bungkus nasi lemak & 3 cawan teh O, RM5.10.
Ni yang aku suka bila balik utara, makanan murahhhhh...
Dewan USM
Kakak yang tua la masuk, Ija kami tinggalkan dia kat luar. Hahahahahaha...
Kami masuk dewan pukul 8pagi. Nak kat lewat, tak jugak. Cuma usherer tak bagi pilih tempat duduk sendiri.   Jadi, kedudukan tak berapa strategik la. Kat bahagian tepi sebalah kanan dewan.  

'Puas hati aku' , kata Mail
1,2,3 senyummmmmm...
Membelakangi aku ni, bergambar or masing-masing tunggu awek?
Haaa...
Bunga no.1, Ijun, bunga no.2, Jimah & bunga no.3, Ija
Junior dia yang bagi. Aku, Ijun & Ija bukan taknak belikan. Tapi dia dah pesan siap-siap taknak bunga, choc or teddy.  So, kitorang wat dek je la. Tapi, junior dia (lelaki ok) macam kamceng giler ngan senior sampai sanggup ramai-ramai datang bergambar siap bawak hadiah & bunga lagi.  Kalau aku...sori..mebi JPA punya duit banyak lebih kot.  Tu yang budak-budak ni murah hati sesangat..aku dulu guna loan PTPTN je..asal tengah sem je mula la aku sengkek semacam, sekarang pun hutang masih banyak lagi. 

Upah yang Mail bagi setelah seharian berjalan.  
Mail dah janji, sapa yang ikut dia pegi konvo dia belanja seafood.  Taaaapiiiiii...syarat dia kena tunggu sampai pukul 6. Alasan no.1: Seafood tak sedap makan waktu tengah hari. No.2: Tunggu Timah abis kelas. Dan Timah pun datang, lewat skit tapi sebab Penang memang glamer dengan jem..dimaafkan...

Kami bertolak balik lepas waktu maghrib.  Dalam keta sibuk dok hitung giliran sapa yang akan konvo lepas ni.  Yeah! next is Ijun.  Dia awal-awal lagi tempah aku teman dia pi presentation la, konvo la. UTM Johor, tunggu ye....pastu mebi Din or Ija..aku???hehehehehehe...aku tak pakai mortar board, aku nak pakai crown hujung taun ni, insyaallah.....



2 comments:

~*irjune*~ said...

baru boleh nak komen...aku dah buat entri ni kat blog aku

Azi said...

jenuh aku mencari theme yang sesuai dgn kandungan blog aku..
anggap je pompuan rambut panjang tu aku..hehehhe..