Puasa dah nak cukup sebulan, raya pun dah semakin dekat. Yang memandu sendiri ke kampung halaman, berhati-hati. Pastikan badan cukup bersedia untuk memandu jarak jauh. Kereta pula, pastikan dah hantar ke pusat servis. Selain tu, rancang perjalanan dengan berkesan. Peringatan kat bawah ni bukan untuk reader je..aku pun sama...
- Servis kereta - Pastikan kesihatan enjin kereta berada di tahap yang optimum. Antaranya minyak hitam, air bateri (kalau guna jenis kering tak perlula...), minyak gear, sistem brek, keadaan angin dan bunga tayar, lampu dan sebagainya.
- Topup Touch n Go - kebanyakan reload lane tidak beroperasi semasa pada waktu puncak musim perayaan, jadi jangan ambil risiko untuk menambah nilai kad anda setelah memasuki lebuhraya. Tambah nilai lebih awal dan secukupnya akan melancarkan perjalanan anda. Lihat sini => Strategies to Ensure Smooth Traffic During Festive Season
- Rain repellent - Pastikan anda menggunakan rain repellent pada cermin hadapan untuk penglihatan yang lebih jelas ketika memandu sewaktu hari hujan. Penting sangat!!!!
- Isi minyak penuh - Walaupun tempat yang dituju hanya mengambil masa 2 jam kebiasaannya, contoh KL - Ipoh...pastikan anda isi minyak penuh kerana keadaan trafik musim perayaan sukar dijangka.
- Rancang perjalanan - PLUS ada keluarkan jadual perjalanan kepada pengguna-pengguna PLUS. Luangkan sedikit masa anda untuk menelitinya dan merancang perjalanan dengan berkesan. Anda juga boleh klik PLUS Travel Time Advisory untuk menelitinya.
- Stamina mesti tinggi - pastikan anda mendapat rehat yang cukup sebelum memulakan pemanduan. Elakkan memandu dalam keadaan letih kerana anda akan mudah hilang tumpuan.
- Bawa bekal dalam kereta - jika anda memilih untuk memandu pada waktu lewat petang di bulan puasa, pastikan anda mempunyai bekalan makanan di dalam kereta. Jadi, kalau RnR penuh bila waktu berbuka tiba takdela panik nak cari tempat makan. Anda akan hilang fokus sekiranya perut anda lapar.
- Patuhi peraturan jalan raya - sabar, anda bukan satu-satunya pemandu yang ingin pulang ke kampung. Bertimbang rasa dengan orang lain, yang penting anda sampai dengan selamat bukan berapa cepat anda sampai ke kampung.
- Patuhi prinsip asas memandu - jangan memandu melebihi had laju (saman ketika Ops Sikap tak boleh dapat diskaun tau...), jangan mengekori kenderaan hadapan terlalu dekat, beri isyarat apabila hendak memotong, sentiasa berwaspada dengan kenderaan dihadapan dan dibelakang anda.
Selamat memandu dan selamat hari raya!!!!!!
1 comment:
Sangat bermanfaat! Mohon share di fb saya https://www.facebook.com/themawarhomestay
Terima kasih
Post a Comment