Genap 3 hari 3 malam di hospital Inarra dibenarkan balik. Waaaa....mak suka! Memangla kat hospital selesa, makan orang siapkan tepat pada masa dan pemandangan wad kanak-kanak tu pun cantik tapi rumah sendiri adalah tempat paling selesa untuk kami. Inarra pun dah pandai tunjukkan yang dia bosan. Sikit-sikit mintak angkat. Sakit belakang aku.
Balik rumah, Ahad tu Inarra ok. Sekali Isnin pagi dia start muntah dan cirit birit. Ingatkan ok....sekali berlarutan sampai 7 hari...pegi hospital hari Isnin tu doktor yang bertugas tu cepat je buat andaian yang Inarra mungkin terkena jangkitan silang sebab ada kes rotavirus masa Inarra warded hari tu. Dang! Terus sel otak aku berhubung. Hari jumaat siang tu aku ada minta balik tapi doktor tak bagi sebab malam sebelumnya suhu Inarra naik tiba-tiba. Nak dijadikan cerita malam tu ada sorang budak perempuan admitted sebab cirit-birit. Esok paginya dia dipindahkan ke wad sebelah. Bila tanya nurse dia jawab sebab dia cirit birit. Bimbang berjangkit.
Bila baca pasal rota, memang kemungkinan besar Inarra cirit birit disebabkan virus tu. Sebab virus tu akan nampak kesan selepas 2 hari terkena jangkitan. Ngam-ngam je kiraan aku lepas bawa balik Inarra dari hospital tu. Yelah..walaupun takde pegi dekat-dekat budak tu tapi malam tu je berapa kali aku dengar bapak dia ulang alik masuk toilet sebab dia asyik membuang je sepanjang malam. Dah tentu aku mandikan Inarra dalam bilik air yang sama. Situla punca jangkitannya. Baca lagi, bila seorang pesakit kena rota, cirit birit boleh berlarutan 5 - 9 hari. Inarra kena 7 hari. Tepat seminggu baru ada tanda pulih. Dalam sela masa tu kurus terus Inarra. Dengan kulit pucatnya...kesian sangat. Nasib Inarra kena masa bayi lagi. Dia belum tahu erti sakit dan tak selera makan. Dia tetap minum susu macam biasa cuma setiap kali dia minum akan muntah balik dan cirit. Najis yang keluar pun sama kaler dengan kaler susu yang masuk ke perut. Makan pun dia nak.
Lagi susah jaga abangnya. Ouh..rota ni berisiko pada kanak-kanak bawah 5 tahun ye...kalau budak besar atau dewasa kesannya tak seteruk pada yang bawah 5 tahun. Darrien pun kena jugak. Lepas 4 hari Inarra kena. Lebih sukar jaga Darrien sebab dia dah besar dan dah pandai bagi tau dia sakit. Dia asyik cakap sakit perut, sakit perut. Dia taknak minum ORS, tak nak makan, tak nak minum susu. Nasib baik umpan dia minum air sirap dia nak jugak minum sikit-sikit. Benda yang paling dia berselera masa tu cuma yakult je. Aku rasa yakult tu membantu jugak cepatkan pemulihan dia. Sehari 3-4 botol dia minum masa tu. Aku bagi je la dia minum banyak pun asalkan ada cecair masuk dalam badan. Kalau kurang cecair dalam badan susah nanti. Kalau Darrien warded penatnya badan. Letih teman Inarra pun belum hilang. Sapa pernah teman anak kecik kat hospital tau la rasa sebenarnya jadi penjaga ni amat letih. Memangla makan tido n mengadap anak je...tapi bila balik rumah rasa tulang temulang ni retak seribu. Susah nak terangkan. Rasa sendiri la. Tabahnya orang yang teman anak kat hospital lama-lama atas sebab yang tak dapat dielakkan. Aku yang jaga berapa malam pun dah sakit badan sana sini. Tapi ye la....kerana anak memang mak bapak sanggup buat sehabis daya.
Sepanjang bulan Januari2017 aku rasa hari-hari aku kelam je. Diorang start kurang sihat dari minggu pertama bulan Januari bersambung-sambung sampai minggu terakhir baru la dua-dua sihat sepenuhnya. Sebenarnya punca imun Inarra rendah sangat tu bukan apa pun...dia asalnya demam nak tumbuh gigi je....tambah pulak cuaca yang kejap panas, kejap hujan plus mungkin ada budak lain tak sihat kat rumah babysitter tu yang buat senang sangat kena jangkitan. Dah adik sakit, abang pun kena tempias jugak. Bila dah sihat ni happy je Inarra sengih tunjuk 6 batang gigi. 4 keluar masa dia demam masuk hospital hari tu. Selera makan pun mencanak naik. Darrien pun sama. Suap nasik bukan main lagi selera dia. Best je masak bila anak-anak berselera makan. Tepat pukul 12.30 tengah hari je dia bersuara "Mama, nak makan nasik". Makan malam pun. Lambat sedia je ada la orang bersuara cakap nak makan nasik. Cuti CNY tahun ni seronok sikit sebab dah 3 kali weekend aku rasa tak best sebab anak sakit. Anak happy mak pun happy. Dah jangan jatuh sakit lagi nanti mama sedih.
No comments:
Post a Comment