Aiii...tajuk post lately kemain bak sasterawan. Bak pelangi indah hadirnya cuma sementara, macam tu la kesihatan anak-anakku ini. Ye la...lepas minggu lepas dua-dua anak completely sihat minggu ni mula jatuh sakit lagi. Bukan main happy lagi aku sambut cuti CNY. Dahla aku ni cuti seminggu. Plan nak kemas rumah dengan masak macam-macam. Nak pegi berjalan takut lagi sebab keadaan anak-anak baru sembuh.
Jadi marilah kita dok rumah je. Sekali hari khamis Darrien start selsema. Walau dah cuba supaya dia jangan selalu dekat dengan Inarra tapi apalah dayaku. Diorang cuma 2 beradik. Itulah teman gaduh, itulah juga teman bermain. Esoknya Inarra pulak start meleleh hidung. Mula dengan selsema lepas tu batuk ringan jadi berat hari Ahad pagi. Ape lagi, let's go to the hospital.
Sampai kat hospital masuk yellow zone. Lepas tu terus suruh Zz pegi makan je. Kalau tunggu pun minima 6 jam ok. Baik tinggalkan je aku dengan Inarra. Pandaila nak hidup. Lepas 2nd neb. Masih ada 'crap' dekat dada Inarra terus minta Zz pack baju siap-siap. Nak mula 'bercuti' dah. Hahaha...dengan Inarra dah pandai dah agak apa doktor yang cakap. Bercakap pun ala-ala medical staff. Tak panggil ubat batuk tau, kita panggil salbutamol, tak minta ubat demam, kita minta paraceremol hahaha....2-3 jam lepas neb anak cranky balik dah berani minta neb lagi. Dulu taktau tunggu je doktor datang. Tapi pasal medication berkenaan asma je la. Ouh...Inarra belum confirm asma ye. Budak bawah 2 tahun belum boleh di klasifikasi sebagai pengidap asma. Tapi ubat yang diterima lebih kurang je sebenarnya untuk masalah Inarra.
Pagi ni 'crap' masih banyak. Malam tadi on oksigen dengan antibiotic. Macam lama je 'cuti' kat sini kali ni. Harapnya Darrien pun sembuh sebaik kami balik nanti.
No comments:
Post a Comment