Pagi Khamis lepas betapa sayunya hati nak pegi keje tapi
demi mencari rezeki ku gagahkan jua….gitttuuuu…
Inarra dah 2 hari sakit gusi…gigi atasnya nak tumbuh
dah…gigi ke-3 Inarra. Sejak rabu peelnya makin bertambah..asik nak melekap
je..kalau tinggal pegi toilet 2 minit pun nangis. Sampai rumah semalam siap
masak, mandi, solat, makan selaju yang boleh lepas tu pegi pharmacy cari
teething gel terus. Sebelum ni tak beli sebab dia ok je takde merengek-rengek
nak berdukung sepanjang masa. Kali ni memang gusi sekitar gigi tu nampak
bengkak dan merah tu terus nak beli. Dah sampai farmasi beli sekali ulser gel
sebab lidahnya pun ada ulser sikit.
Dalam kereta dah ngantuk plus lapar agaknya bagi direct bf dia
nak. Terlelap sekejap dalam kereta. Ingatkan nak tido terus rupanya sampai
rumah sambung nangis….layan orang merap sampai pukul 11 dah ngantuk tapi tak
boleh tido…try bagi bf reject….last-last bagi makanla…lapar agaknya sebab asik
reject susu dari rumah babysitter lagi. lepas makan, baru nampak selesa rupa
dia dan barulah gosok-gosok mata nak tido.
Dapatla tido beberapa jam sebelum dia terjaga balik, start
pukul 3 pagi tidur-tidur ayam je kami ni….tadi pukul 6 dia dah lapar tapi masih
taknak bf…last bawak pegi dapur bagi makan sikit…lepas makan baru dia boleh
sambung tido…kesian..nak minum susu tapi takut sakit…asik nangis je. Lepas tu
bagi kat daddynya suruh tidokan sebab nak pam susu sebab dah semalaman dia
refuse. Lepas tu terus siap nak gi keje.
Sebabnya mula-mula nak off je tapi
mengenangkan HQ baru 1st day keje kat sana dan semalam pun ada
hantar email hari ni tunggu reply diorang la plus lain-lain email lagi nak kena
reply. Tak dapek la nak cuti…..
Tapi sedihnya bila Inarra sedar masa nak pegi keje
tadi…badan panas lepas bagi ubat dia asik angkat tangan minta aku angkat
dia…huhuhu…lagi sambil angkat tangan sambil sebut mammaaa..mammaaa…aaaaa….macam
nak cabut balik je tudung duduk rumah…Inarra ni memang aku perasan sejak dia
umur 4 bulan lagi kalau dia menangis sakit memang dia boleh sebut mama tu.
bukan sekadar bunyi ma..ma..ma. memang dia maksudkan nak mamanya. Adoi
adikkkk…mama pun kalau boleh nak jaga adik…kesian adik mama keje masa adik
sakit. Lagi satu, memang ada ‘aku’ dalam dia. Aku pun macam dia juga tak boleh
sakit sikit pun. Sakit sikit pun terus stop semua plan, semua hal pun aku jadi
badmood. Aku suka tiptop condition kalau nak buat apa-apa.
Sambil Inarra merengek-rengek Darrien pun tersedar
sekali…lepas tu dia cakap, “baby, sini bum (baring) dengan abang Darrien, mama
work”…alahai anak-anakku sayang…understanding betol…Darrien bila adiknya
merengek jarang dia tambah 'perisa' lagi. dia tiba-tiba boleh jadi mature pulak.
Tapi kalau adiknya behave dia pulak datang perangai baby pulak…kadang-kadang
merangkak kat lantai race dengan Inarra kejar maknya…
Aku angkat jugalah adiknya tadi pujuk-pujuk, usap sambil
cakap mama kena keje ni…bila dia diam pass kat bapaknya pulak. Lepas tu angkat
barang keluar rumah. Tunggu lagi nanti tak pegi terus ke ofis.
Lastnyer hari tu aku half day…tapi tak balik rumah pun…aku
lepak kat rumah baby sitter sampai petang baru balik. Kurang la sikit panas nak
bawa anak dalam kete.
p/s; sampai harini Inarra masih belum sihat sebab lepas tumbuh gigi, mulut dia ada ulser pulak. sekali dengan Darrien pun kena ulser dan tonsil bengkak. Pun taknak makan, taknak minum susu...ber'huhuhu' la aku tak cukup rehat, Darrien pulak bila tak sihat perangai babynya keluar pulak....cepat la sembuh anak-anak....ceriakan balik hidup kita.
1 comment:
bertabahlah azimah... sedih plak baca. semoga semua sihat2 belaka hendaknya skrg..
Post a Comment