Suka kucing
Darrien di saat umur 1 tahun 6 bulan adalah
sangat ‘clingy’. Aku suka, tapi melayan
kerenah dia adalah sangat memenatkan. Bukannya aku nak jauhkan dia dari aku
cuma banyak kerja rumah yang tertangguh demi melayan dia.
Kalau aku berbedak dalam bilik, dia pun
akan bawa ipad dan main dalam bilik. Lepas tu bila aku nak iron tudung kat luar
dia pun usung ipad tu dan duduk sebelah kaki aku, kat sebelah kaki ok…bukan
sekadar nak nampak mak dia je…kalau boleh dia nak aku iron tudung sambil kelek
dia.
Bila nampak aku sarung jeans je, melompat-lompat la dia…siap tolong tarik cardigan atau tudung suruh pakai. Tersengih-sengih tahu orang nak keluar mesti bawa dia sekali. Kalau merajuk pun terus ok.
Makan mesti join punya, budak sebesar dia
mahu dilayan macam orang dewasa. Dia duduk 1 kerusi, mak ngan bapaknya
masing-masing kat sebelah dia, tak cukup korum dia panggil, “Di, duk” (daddy,
duduk). Lepas makan mesti main golek-golek kat karpet, main toys, atau bacakan
buku untuk dia. Kalau dia main game kat phone atau ipad punggung dia mesti
landing atas paha aku. Kadang aku elak-elak, kejap lagi datangla
mengesot-ngesot dia cari kaki aku.
Hujung minggu kalau memasak, dia pun ikut
duduk kat dapur. Selalu peti sejuk jadi mangsa. Dia buka pintu, kemudian duduk
dalam peti sejuk sambil tengok aku masak. Bila dah bosan menunggu, dia
tarik-tarik aku ajak pegi depan main toy. Padahal dapur dengan ruang tamu bukan
ada penghadang pun.
Nak tidur, mak bapak mesti ada kat sebelah.
Kalau tak cukup korum, dia akan turun naik katil, keluar masuk bilik panggil
bapak/maknya “ Abba…..” sekuat hati supaya baring sama-sama dengan dia. Lampu
mesti tutup semua untuk menunjukkan waktu tidur dah sampai. Lastnyer...ngan mak
bapaknya pun terbongkang sama sampai subuh.
Aku tak conquer anak pun, waktu mandi dia
sebolehnya aku minta Zizzi yang buat supaya ada bonding time antara diorang.
Susu anak malam-malam Zizzi yang buatkan. Tukar pampers tengah malam pun dia yang
buatkan. Selalu aku suruh Zizzi keluar rumah dengan Darrien supaya aku dapat
setelkan kerja rumah. Kadang-kadang ada la dia bawa.
Darrien juga dah faham arahan, ini start
dalam umur dia setahun 3 bulan kot. Sekarang kalau mood dia baik, boleh minta
tolong tutup pintu peti sejuk, tolong buka pintu dan tolong tolak kerusi ke
bawah meja. Kadang-kadang dia ambil barang dari peti sejuk, bila dah bosan dia
letak semula barang tu dalam peti sejuk .
Buang sampah pun boleh, kadang-kadang yang bukan sampah pun dia letak
dalam tong sampah.
Dia suka dengan ‘truck’ dan ‘crane’ dia boleh ulang dua perkataan ni sepanjang jalan selama dia dalam kereta.
Kalau nak senang masukkan dia dalam kereta cakap “nanti kita tengok truck kat
highway”. Juga dah boleh buat ‘deal’ dia. Darrien ni tak suka pakai sweater,
tapi suka berpayung… kalau dia nak keluar, kita boleh deal dengan dia kalau nak
keluar kena pakai sweater sebab sejuk kat luar, dia boleh ikut.
Berat dia lebih kurang 13kg, umur semasa setahun sembilan bulan. Berat macam ni kalau dia mengamuk dalam pasaraya, aku rasa macam latihan angkat beban 25kg. Berselirat terus urat badan aku bila angkat dia masa tengah mengamuk.
No comments:
Post a Comment