Kisahnya minggu lepas saya bermalam kat rumah kakak ipar
sebab mak mertua datang dan bercuti panjang kat sana selama 3 minggu. Kakak ipar saya tu ada 3 orang anak, yang
sulung lelaki, Kimi, 8 tahun. Yang no. 2 lelaki jugak Aiman, 4 tahun dan yang bongsu
sekali perempuan Hannani, 11 bulan baru
bertatih.
Sememangnya sejak belum kahwin panggilan kepada suami
ialah abang dan panggilan dia pada saya ialah sayang. Saya tak biasa
membahasakan nama sebab dulu masa zaman berkawan saya dan dia hanya ber’aku kau’.
Jadi nak membahasakan diri jadi ‘azi’, ‘imah’ atau ‘mah’ tu amatlah tak selesa
kepada saya. Jadi kami putuskan dia panggil saya sayang saja (moga-moga dia hanya
sayang pada saya sorang lah.. :))
Manakala panggilan anak buahnya pada kami ialah ‘mak ngah’
dan ‘ngah boy’. Biasalah kalau berbahasa dengan budak-budak kami bahasakan diri
kami seperti yang sepatutnya iaitu’ makngah’ dan ‘ngah boy’. Cuma bila hendak
bersembang berdua panggilan asal digunakan. Tapi ada beberapa insiden yang membuat kami
berdua geli hati dengan kerenah diorang ni. Baca kat bawah ye…
Citer 1
Suami: Yang, esok
punya plan macam mane?
Belum sempat saya jawab, tiba-tiba..
Kimi: Yang, yang..sikit-sikit sayang…asik sayang je…menyampah!
Saya: Habis tu, ngah boy nak panggil mak ngah ape?
Kimi: Panggil la makngah ke, Azimah ke.
Kami berdua: ooooo…
Citer 2
Mak mertua panggil makan. Dan saya pun…
Saya: Bang…abang, mak panggil makan. Abang….
Aiman: Abang kat dalam toilet
la… (dengan muka selenganya..)
(abang tu merujuk pada ngah boynya)
(abang tu merujuk pada ngah boynya)
Citer 3
Saya sedang menonton tv di sofa lalu datang si suami duduk
di sebelah.
Aiman: Ish…dua-dua orang ni …asik bercinte je…
Citer 4
Aiman tengah belek gambar-gambar dalam Ipad. Tak lama lepas
tu dia berlari pada mamanya dan dengan wajah berkerut-kerut…
Aiman: Eeee..tak suke betul dengan ngah boy tu..
Mama: Kenape?
Aiman: Ngah boy tu tangkap gambar dua-dua dengan mak ngah
lepas bagi bunge pulak tu..(gambar masa bersanding)
Mama: Iye? Kat mane?
(masa ni mama Aiman dah gelak terkekeh)
Aiman : Kat tepi pantai…
Mama: Lagi kenapa menyampah dengan ngah boy?
Aiman: Sebab asik
panggil mak ngah sayang je…..
Puas saya berfikir, mana ada gambar pegang bunga kat tepi
pantai. Rupa-rupanya dia gabungkan
gambar-gambar dalam Ipad tu dan jadikan satu cerita. Ada sekeping gambar saya
kat Gold Coast Sepang. Kitorang ambil masa balik dari majlis kenduri seorang
kawan baik kami di Banting minggu lepas.
Hai..bebudak sekarang..cerdik betul..
No comments:
Post a Comment