Wednesday, December 21, 2011

The Botol (Sosro)

Gambar ihsan en. google

Kengkadang tertanya-tanya apa yang menarik pada teh botol? Ia hanyalah sejenis minuman teh yang dibotolkan. Tapi bila pegi Sari Ratu, restoran makanan Padang yang sedap tu….suami saya mesti tak akan order air lain selain the botol walaupun tehnya bukan dibotolkan tapi dalam kotak macam susu dutch lady.

Satu hari, saya jumpa the botol yang versi botol. Bukan yang dalam kotak tetrapak tu ye. Kat mana? Kalau tempat tu bagi saya diskaun bila saya beli barang akan saya revealkan namanya. Hehehehe….teruja bila nampak, saya pun beli sebotol untuk si suami. Kat rumah, dia excited bila saya katakan teh botol sebenar ada dijual di sini. Bila dia minum saya pun tumpang semulut. Hmmm…bila minum teh tu…terasa diri saya kembali ke zaman awal 90an makan di restauran di tepi jalan ketika dalam perjalanan pulang ke Bagan Datoh. Kenangan minum minuman dalam botol menerjah dalam ingatan. Masa tu saya teringat semua air berkarbonat disusun cantik di dinding kedai untuk dijual. Selalunya oren mirinda akan menjadi pilihan. Agaknya sebab tu la teh botol ni menjadi pilihan. Lagipun menarik juga minum teh dalam botol berbanding menggunakan gelas. Ia mengimbas semula kenangan dulu. Ye la..sekarang mana ada coke atau air mirinda dalam botol kaca lagi kan?  Semua dalam aluminium tin atau botol plastic. Patutla dia sanggup bayar RM1.80 untuk sebotol the daripada minum air teh yang saya bancuh. 

Eh, adeke?...




 

2 comments:

nad said...

kat mana ada jual ye?

Azi said...

Paling senang pegi restauran Sari Ratu..cuma kat sana air tu dlm kotak.