Thursday, November 17, 2011

Kurus



Kerap kali aku terima pertanyaan ni..awak ni kurus la… macam mana awak buat? 
 
Ok…kalau kurus yang menjadi agenda utama…jawapan standard aku adalah “memang keluarga saya jenis yang kurus, ia ada dalam gen saya”, itu jawapan yang aku bagi kalau nak tutup perbualan. Walau pada hakikatnya peratusan orang yang tak akan gemuk walau dia makan banyak adalah terlalu rendah. 

Latar belakang keluarga memang membantu, namun saya tak percaya padanya 100% kerana abang sulung saya mengalami masalah obes sekarang. Berat badannya meningkat mendadak bila umurnya menuju kearah suku abad!!! Sejak remaja dia suka makan, tapi waktu tu pengambilan kalorinya seiring dengan aktiviti fizikal yang dilakukannya.  Sekarang tak lagi. Lagi-lagi selera makannya tidak dapat dikawal dengan baik. Dia boleh makan tiga pinggan nasi walau berlaukkan telur goreng mata kerbau dan berkuahkan kicap masin kegemarannya. Saya rasa dia perlukan bantuan pakar untuk kembali kurus demi kesihatannya bukan mengambil produk kurus yang glamor di pasaran. Oppp…stop cakap pasal abang saya…kembali kepada topik asal. 

Bagaimana jawapan tak standard saya bila orang tanya saya kurus?? Mestila kamu kena jaga makan. Tapi ramai orang salah faham bila saya cakap jaga makan. Ramai yang tanya balik, “awak tak makan nasi atau makan nasi sekali seminggu je?”  Ouh…silap besar kalau saya tak makan nasi, nanti saya akan rasa terhuyung-hayang sebab kurang gula dalam darah. Saya ini orang Malaysia ok…makanan ruji itu tak dapat saya tinggalkan. Saya pernah tak dapat makan nasi lebih daripada 3 hari masa kena outstation ke Vietnam dulu sebab susah dapat makanan halal (saya cuma dapat makan roti dan makanan segera yang saya bawa dari KL dan ia tak dapat memuaskan nafsu makan saya). Lalu saya jadi seperti “pungguk rindukan bulan”. Tak percaya?? Terpulang…saya memang kena makan nasi sekurang-kurangnya sekali sehari…waktu makan makanan berat yang lain boleh diganti dengan sumber karbohidrat yang lain.

Jaga makan bermaksud:

  • Jangan makan hingga kamu kena buka kancing seluar.
  • Jangan makan  terlalu banyak/kerap makan makanan berlemak tinggi.
  •  Pengambilan seimbang piramid makanan, maksudnya jangan elakkan sayuran, buah-buahan dan serat. Ia membantu kamu cepat kenyang- ok, yang terlalu cliche, tapi benar!
  • Diantara waktu makan, pasti kita sering mahu mengunyah sesuatu oleh itu,  elakkan makanan tinggi garam dan tinggi kalori. Gantikan dengan makanan yang mendatangkan kebaikan pada badan. Contohnya:
o   Buah - selain beri efek kenyang, ia juga adalah sumber vitamin dan serat.
o   Bijirin -  rendah kalori, sumber serat
o   Salad - sumber vitamin, fiber dan rendah kalori
  • Pengambilan gula yang terkawal. Kalau atas meja penuh dengan hidangan lauk pauk, tak payahla hidangkan air manis atas meja makan. Air masak cukupla. Ini nak air ribena jugak, yang berais pulak tu… minuman sejuk akan membantutkan proses pencernaan tau!
  •  Pengambilan makanan harus seiring dengan aktiviti fizikal. Janganla kamu makan tiga pinggan nasi dua kali sehari jika hari itu kamu hanya habiskan masa di rumah dengan menonton rancangan di Astro sambil berbaring dan mengunyah cheezel. Patutla berat badan kamu naik!
Minta maaf jika yang membaca adalah orang terpelajar dalam bidang nutrisi. Apa yang saya tulis adalah daripada pengalaman saya. Saya mungkin salah atau tidak tepat dalam memberikan informasi. Juga pada kaum ibu yang mengalami masalah berat badan. Saya tak dapat memberi penjelasan jika kamu tetap gemuk walau telah menjaga makan. Mengandung mungkin merubah sistem metabolisma kamu. Saya taknak komen sebab saya belum mengandung, saya juga mungkin akan gemuk jika telah melaluinya. Saya cuma berdoa supaya jika berat badan saya meningkat, biarlah berpatutan dengan usia saya dan tidak obes. Sekarang berat saya 51-52kg.




 

No comments: