Aku balik kampung 2 hari sebelum raya. Walau pihak Plus dah keluarkan jadual perjalanan lebuh raya, aku tetap rasa tak berapa confident nak balik ikut highway. Mana la tau jam jugak nanti. Lalu aku pun balik ikut jalan kampung. Mula tu takut jugak la kalau ikut jalan kampung pun jam jugak, tapi aku tawakkal jugak la. Kalau jam pun, sekurang-kurangnya aku tak perlu bayar tol.
Memandu dengan penuh ketenangan di waktu pagi sambil dengar Krill & Abang Jem membebel
2 hari sebelum raya di Lekir, Perak. Lengang je jalan.
Lori tepung terbalik kat Seberang Perak.
Tips apabila anda memilih untuk memandu menggunakan jalan kampung:
1. Pastikan rehat anda extra cukup.
2. Jangan 'set'kan minda anda untuk sampai ke destinasi dengan cepat, anda akan cenderung untuk melebihi had laju yang ditetapkan. Pandu dalam keadaan santai, kurangkan stress. Biar lambat asal selamat.
3. Beri laluan kepada kenderaan lain yang ingin memotong. Bertimbang rasa dan jangan memandu seperti anda mendapat 'lesen terbang' atau 'lesen kopi' iaitu memandu terlalu laju ataupun terlalu lembab macam siput babi.
4. Jika ingin membelok, memotong atau berhenti jangan lupaaa.....SIGNAL!!!!!!
5. Jangan sesekali berbual di telefon atau membalas SMS semasa memandu, hilang fokus nanti!
6. Jika terjadi kemalangan dan pihak berkuasa dah tiba jangan perlahankan kenderaan dengan tiba-tiba melainkan anda juga mahu menjadi mangsa. Setakat tolong tengok tu tak membantu langsung. Lainla kalau kemalangan tu baru berlaku dan anda adalah menyedari bahawa bantuan anda diperlukan sementara menanti pihak berkuasa tiba.
Itu sahaja dari pengalaman aku memandu melalui jalan kampung last week. Kalau ada yang nak tambah lagi..sila tambah dalam komen anda. Sekian, terima kasih...
No comments:
Post a Comment