Friday, November 25, 2011

Cerita hujung minggu.


Kisahnya minggu lepas saya bermalam kat rumah kakak ipar sebab mak mertua datang dan bercuti panjang kat sana selama 3 minggu.  Kakak ipar saya tu ada 3 orang anak, yang sulung lelaki, Kimi, 8 tahun. Yang no. 2 lelaki jugak Aiman, 4 tahun dan yang bongsu sekali perempuan Hannani,  11 bulan baru bertatih. 

Sememangnya sejak belum kahwin panggilan kepada suami ialah abang dan panggilan dia pada saya ialah sayang. Saya tak biasa membahasakan nama sebab dulu masa zaman berkawan saya dan dia hanya ber’aku kau’. Jadi nak membahasakan diri jadi ‘azi’, ‘imah’ atau ‘mah’ tu amatlah tak selesa kepada saya. Jadi kami putuskan dia panggil saya sayang saja (moga-moga dia hanya sayang pada saya sorang lah.. :))

Manakala panggilan anak buahnya pada kami ialah ‘mak ngah’ dan ‘ngah boy’. Biasalah kalau berbahasa dengan budak-budak kami bahasakan diri kami seperti yang sepatutnya iaitu’ makngah’ dan ‘ngah boy’. Cuma bila hendak bersembang berdua panggilan asal digunakan. Tapi ada beberapa insiden yang membuat kami berdua geli hati dengan kerenah diorang ni. Baca kat bawah ye…

Citer 1

Suami:  Yang, esok punya plan macam mane?
Belum sempat saya jawab, tiba-tiba..
Kimi: Yang, yang..sikit-sikit sayang…asik sayang je…menyampah!
Saya: Habis tu, ngah boy nak panggil mak ngah ape?
Kimi: Panggil la makngah ke, Azimah ke.
Kami berdua:  ooooo…

Citer 2

Mak mertua panggil makan. Dan saya pun…
Saya: Bang…abang, mak panggil makan.  Abang….
Aiman: Abang kat dalam toilet la… (dengan muka selenganya..)
(abang tu merujuk pada ngah boynya)

Citer 3

Saya sedang menonton tv di sofa lalu datang si suami duduk di sebelah.
Aiman: Ish…dua-dua orang ni …asik bercinte je…

Citer 4

Aiman tengah belek gambar-gambar dalam Ipad. Tak lama lepas tu dia berlari pada mamanya dan dengan wajah berkerut-kerut…

Aiman: Eeee..tak suke betul dengan ngah boy tu..
Mama: Kenape?
Aiman: Ngah boy tu tangkap gambar dua-dua dengan mak ngah lepas bagi bunge pulak tu..(gambar masa bersanding)
Mama: Iye?  Kat mane? (masa ni mama Aiman dah gelak terkekeh)
Aiman : Kat tepi pantai…
Mama: Lagi kenapa menyampah dengan ngah boy?
Aiman:  Sebab asik panggil mak ngah sayang je…..

Puas saya berfikir, mana ada gambar pegang bunga kat tepi pantai. Rupa-rupanya  dia gabungkan gambar-gambar dalam Ipad tu dan jadikan satu cerita. Ada sekeping gambar saya kat Gold Coast Sepang. Kitorang ambil masa balik dari majlis kenduri seorang kawan baik kami di Banting minggu lepas.

Hai..bebudak sekarang..cerdik betul..




 

Thursday, November 17, 2011

Kurus



Kerap kali aku terima pertanyaan ni..awak ni kurus la… macam mana awak buat? 
 
Ok…kalau kurus yang menjadi agenda utama…jawapan standard aku adalah “memang keluarga saya jenis yang kurus, ia ada dalam gen saya”, itu jawapan yang aku bagi kalau nak tutup perbualan. Walau pada hakikatnya peratusan orang yang tak akan gemuk walau dia makan banyak adalah terlalu rendah. 

Latar belakang keluarga memang membantu, namun saya tak percaya padanya 100% kerana abang sulung saya mengalami masalah obes sekarang. Berat badannya meningkat mendadak bila umurnya menuju kearah suku abad!!! Sejak remaja dia suka makan, tapi waktu tu pengambilan kalorinya seiring dengan aktiviti fizikal yang dilakukannya.  Sekarang tak lagi. Lagi-lagi selera makannya tidak dapat dikawal dengan baik. Dia boleh makan tiga pinggan nasi walau berlaukkan telur goreng mata kerbau dan berkuahkan kicap masin kegemarannya. Saya rasa dia perlukan bantuan pakar untuk kembali kurus demi kesihatannya bukan mengambil produk kurus yang glamor di pasaran. Oppp…stop cakap pasal abang saya…kembali kepada topik asal. 

Bagaimana jawapan tak standard saya bila orang tanya saya kurus?? Mestila kamu kena jaga makan. Tapi ramai orang salah faham bila saya cakap jaga makan. Ramai yang tanya balik, “awak tak makan nasi atau makan nasi sekali seminggu je?”  Ouh…silap besar kalau saya tak makan nasi, nanti saya akan rasa terhuyung-hayang sebab kurang gula dalam darah. Saya ini orang Malaysia ok…makanan ruji itu tak dapat saya tinggalkan. Saya pernah tak dapat makan nasi lebih daripada 3 hari masa kena outstation ke Vietnam dulu sebab susah dapat makanan halal (saya cuma dapat makan roti dan makanan segera yang saya bawa dari KL dan ia tak dapat memuaskan nafsu makan saya). Lalu saya jadi seperti “pungguk rindukan bulan”. Tak percaya?? Terpulang…saya memang kena makan nasi sekurang-kurangnya sekali sehari…waktu makan makanan berat yang lain boleh diganti dengan sumber karbohidrat yang lain.

Jaga makan bermaksud:

  • Jangan makan hingga kamu kena buka kancing seluar.
  • Jangan makan  terlalu banyak/kerap makan makanan berlemak tinggi.
  •  Pengambilan seimbang piramid makanan, maksudnya jangan elakkan sayuran, buah-buahan dan serat. Ia membantu kamu cepat kenyang- ok, yang terlalu cliche, tapi benar!
  • Diantara waktu makan, pasti kita sering mahu mengunyah sesuatu oleh itu,  elakkan makanan tinggi garam dan tinggi kalori. Gantikan dengan makanan yang mendatangkan kebaikan pada badan. Contohnya:
o   Buah - selain beri efek kenyang, ia juga adalah sumber vitamin dan serat.
o   Bijirin -  rendah kalori, sumber serat
o   Salad - sumber vitamin, fiber dan rendah kalori
  • Pengambilan gula yang terkawal. Kalau atas meja penuh dengan hidangan lauk pauk, tak payahla hidangkan air manis atas meja makan. Air masak cukupla. Ini nak air ribena jugak, yang berais pulak tu… minuman sejuk akan membantutkan proses pencernaan tau!
  •  Pengambilan makanan harus seiring dengan aktiviti fizikal. Janganla kamu makan tiga pinggan nasi dua kali sehari jika hari itu kamu hanya habiskan masa di rumah dengan menonton rancangan di Astro sambil berbaring dan mengunyah cheezel. Patutla berat badan kamu naik!
Minta maaf jika yang membaca adalah orang terpelajar dalam bidang nutrisi. Apa yang saya tulis adalah daripada pengalaman saya. Saya mungkin salah atau tidak tepat dalam memberikan informasi. Juga pada kaum ibu yang mengalami masalah berat badan. Saya tak dapat memberi penjelasan jika kamu tetap gemuk walau telah menjaga makan. Mengandung mungkin merubah sistem metabolisma kamu. Saya taknak komen sebab saya belum mengandung, saya juga mungkin akan gemuk jika telah melaluinya. Saya cuma berdoa supaya jika berat badan saya meningkat, biarlah berpatutan dengan usia saya dan tidak obes. Sekarang berat saya 51-52kg.




 

Tuesday, October 25, 2011

Raya 2011

Walaupun Syawal dah meninggalkan kita lebih sebulan lamanya, aku tetap ingin titipkan kenangan raya tahun 2011 aku dalam blog ni sebagai kenangan. Almaklumla...raya pertama sebagai seorang menantu di rumah mertua yang nun jauh disana....haruslah dikenang ye tak??

26 August 2011
Lepas balik keje, aku dan suamiku kelam kabut balik rumah kemas beg. Sebenarnya kami berdua dah kumpulkan kain baju malam semalam, tapi kepala kusut sebab 3 beg yang disediakan tak muat. Last-last cik abang pegi Tesco beli 1 beg baru yang besar malam tu jugak. Tapi bila dia sampai rumah, aku dah tido...tersadai la kain baju tu kat tepi katil. hehehehe....nak tak nak hari Jumaat tu berbuka sambil masukkan baju dalam beg. Plan nak keluar dari rumah pukul 8mlm sebab kami 1 flight dgn kakak dia tapi pukul 11.30 malam baru gerak. 

27 August 2011
Ni pukul 12 pagi....kira dah masuk 27hb la kan? Aku ada 1 permintaan buat suamiku...aku nak pegi Jalan TAR. Tak boleh tidak...apasal?? sebab aku memang teringin merasai kehangatan Jalan TAR menjelang raya. Dulu masa belum kawen aku tak berani nak pegi Jalan TAR waktu tengah malam..dah kawen bleh la kan sebab ada yang menjaga keselamatan aku...hehehe..huh! Jalan TAR memang panas..okey...tahun depan abang taknak bawak pun takpe dah....susahhh giler nak kat situ...aku asik kepit beg kat dada je...untuk keselamatan....tapi baju giler murah...50 hinggit je sepasang kurung siap, kainnya pun berkualiti.

Pukul 1 pagi, kami sampai kat rumah kak Neni. Lagi surprise kakak belum siap kemas beg...Plan nak keluar rumah pukul 3 jadi pukul 3.30. Sampai kat KL Sentral kelam kabut ambik bas. Nasib baik ada seat untuk kitorang semua. Malam tu kitorang memang tak tido..ngantuk beb....

Pukul 5.15, sampai kat LCCT. Cepat..cepat nak sahur bagi yang berpuasa...makan bihun goreng yang sempat cik abang beli kat 7e je..jadila.....burp..alhamdulillah....

Pukul 7.00, hmm..lebih kurang pukul 7...naik flight...eh, dah nak sampai rupanya..tu la..masuk flight tido...pukul 9.20 sampai Bintulu...keluar dari airport je mak dengan bapak dah tunggu dengan 2 kereta..itulah kepentingan suami isteri ada lesen dan berkebolehan memandu...senang nak jemput anak menantu plus cucu kat airport....hehehe...

Sampai rumah, excited tengok katil baru dan tilam baru...(dulu kami balik tumpang bilik tido kakak, bilik kami penuh dengan barang) rehat dan tido.......buka puasa, mak yang masak...menantu tolong hidang dan basuh pinggan je...:)

28 August 2011
Mak pandai buat aku tak kekok walaupun 1st time aku beraya kat sana. Dia siap2 plan untuk aku hasilkan 1 biskut iaitu biskut kacang hijau...senang je..dia dah siapkan bahan-bahan, aku tinggal gaul dan tekap ikut acuan..bakar? mak yang buat...hehehehehe...tapi Aiman (anak buah) tetap cakap mak ngah hebat la, biskut sedapp gilerrrr...hahahaha...

Ouh, hari ni jugak ada orang datang pasang aircond kat bilik...hehehe...yeay..malam ni bersejuk la tido...

Kemas bilik...lama kan balik kali ni..harusla mempamer koleksi baju raya dalam almari tu..
Malam, iron langsir dan baju raya.Cik abang dan iparnya asyik menyiapkan lantai kat ruang tamu.

29 August 2011
Keluar pasar beli barang basah dengan mak. Nasib baik keluar awal, dapat parking dan proses membeli belah cepat siap. Sekarang, balik dan masak.

Malam, call mak n ayah salam raya  dan bermaafan siap2..ouh..emo cakap ngan mak..huhuhu...jauh gila kami berdua....cakap ngan adik beradik jugak...ouh..jadual telah berubah selalu malam raya kami pegi campak sampah hasil mengemas siang tadi....emo lagi....huwwaaa....

12 malam, Pasang langsir dengan Nia. Terkial-kial kitorang dua pasang langsir sambil dengar rancangan malam raya kat RTM. 

3 pagi, pasang scallop kat depan rumah...nak launch rumah baru sempena raya..Sejuk hingga perasaan nak terkencing tak dapat ditahan lagi. Orang yang pasang lantai sedang bekerja keras kat ruang tamu didalam. hmm..esok raya tu..

30 August 2011
Pukul 7 pagi cik abang kejut...mandi???bukan..suruh cuci car porch dan longkang dengan Nia.

Kelupis 
Credit to Google
Pukul 10, dah siap mandi..pakai baju raya??nope..takde mood..sebab orang yang janji nak pakai baju kaler oren dengan saya ada atas katil, tido...kesian..malam semalam pasang lantai sampai siap. Pertama kali makan kelupis..emmm..sedappp..aku kan pandai makan..semua aku ngapp tanpa kompromi..


Malam, baru la dapat bersalaman dan bermaafan dengan cik abang...pastu keluar beraya dengan baju baru..tinggalkan  mak dengan bapak kat rumah tunggu tamu..kami kan perantau...waktu terhad..kena habiskan masa dengan melawat dan berkenalan dengan saudara mara sebab tiada kenduri di sebelah suami masa kawen dulu. 

31 August 2011
Tangkap gambar keluarga..dah ada 2 member baru la katakan.

1 September 2011
Bertolak ke Miri. Melawat saudara mara di sana. Ouh...jalan pegi Miri macam jalan dari Lenggong ke Kuala Kangsar 1 ketika dulu...hanya ada 2 laluan bertentangan dan kenderaan tak berapa banyak. Pertama kali nampak rumah panjang..tapi dah dimodenkan sebab rumah diorang dah guna konkrit sekarang. Gerak dengan  Vios. Sepajang jalan sebelum tido, mak macam tourist guide kat menantu dia ni.

2 September 2011 
Pulang dari Miri. Ouh..Miri sangat panas...cepat pergi dari sini....migrain aku dalam kete sementara nak sampai Bintulu.

3 - 6 September 2011
Raya, raya dan raya...tak banyak sehari lebih kurang 2 buah rumah je kitorang pegi. Yang kagum ialah orang Melayu Sarawak tetap dengan baju melayu lengkap bersamping bila keluar beraya walaupun dah lebih seminggu raya. Semenanjung???ada yang balik sembahyang raya dah tukar Tshirt dan jeans.

7 September 2011
Habis sudah cuti raya..eh, nak sambung cuti lagi boleh?? But the reality is, we need to work to earn money. Jadi boleh kumpul duit dan balik kampung lagi. Harus pulang......




 

Wednesday, May 4, 2011

Staff baru

Semalam aku MC. Daripada tunjuk rajin tak tentu pasal baik rehat kat rumah je. Biar sembuh betul-betul tekak ngan hidung aku yang berlari. Hari ni masuk pejabat balik dan staff baru yang aku ada sebut minggu lepas tu dah datang.

Tak segak pun....tipikal Japanese face...mata sepet (sangat sepet) dan berketinggian normal untuk masyarakat Jepun...hehehehehe (dalam hati cam kecewa ni...) hensem lagi manager yang sedia ada ni..tinggi, kulit cam omputih skit, tapi jalan makkk..aiiii...laju bukan main. Aku kalau berjalan dengan dia setiap tiga langkah aku lari skit bagi sama ngan dia. Time tu aku rasa la cam aku ni pendek...hahahahahaa...

Aku masih menjuarai carta satu-satunya local staff  dalam division nih...tuan manager, tolongla select cepat-cepat orang baru tu...saya boring tahu?

Thursday, April 28, 2011

Soooo....sunyiiiiiii.......

Aku baru dapat temporary laptop semalam...lepas tu aku start la check kot2 bleh access ke mana2 social network....cheeewaaahhhh...ade hati mau mengulor...tapi alangkah tertekannya hati ini bila fb, ym, google mail dan yahoo mail tidak dapat aku access...kuciwa..kuciwa aku ini...lantas tanpa membuang masa terus aku check adakah dia juga mem'block' blogspot........

dannnn.....aku sangat bersyukur mereka tidak mem'block' site ini....adala jugak tempat aku meluahkan perasaaan....dah la aku sunyi dengan tiadanya suara-suara sumbang kak ina, kak annis, kak ana, kak awin juga kak nurul berperang bila kat opis...huhuhuhu...i miss all of you!!!!!