Sunday, February 1, 2015

Elakkan sinki tersumbat

Jumaat lepas ZZ pegi meeting taman. Balik dari sana selain agenda utama perbincangan dia share dengan aku ada dia bagi tau jiran setaman kami ada yang kongsi saluran air kat sinki diorang perlahan. Rumah aku ok je, taknak fikir negatif sebab aku masuk rumah lewat setahun dari diorang. 

Cuma besar kemungkinan aku syak diorang tuang lebihan minyak masak terus ke dalam sinki kot. Logiknya kalau masak seminggu sekali pun dan setiap minggu tuang walau lepas tu simbah dengan air panas pun lama kelamaan mesti sedikit demi sedikit minyak melekat kat saluran air tu.

Macam colleague aku, dia memang tuang dalam sinki. Walaupun dah cairkan dengan sabun pencuci pinggan dan tuang air panas. Lama kelamaan pasti akan tersumbat.

Di rumah aku, lebihan minyak masak memang aku takkan buang ke dalam sinki. Mana aku buang? aku sejukkan dulu minyak tu kemudian masukkan minyak ke dalam botol mineral. Bila dah penuh, aku masukkan ke dalam tong sampah dan buang macam sampah biasa.

Aku belajar ni dari kakak ipar aku. Dulu diorang tinggal kat apartment, sebagai penduduk bertanggungjawab diorang tak buang lebihan minyak ke dalam sinki. Diorang tuang dalam botol air mineral kosong.  Tak dapat aku bayangkan kalau orang lain tak fikir pasal ni. Sebab apartment, flat, kondo ni salur air limbah dia bersambung-sambung. Kalau ada penduduk yang tak bertangunggjawab, cepat la tersumbat.

Sebab tu, untuk rumah aku aku buang minyak dalam botol plastik. Walaupun cara aku tak cukup ‘hijau’ sekurang-kurangnya aku tak buang minyak terus ke longkang yang boleh sebabkan longkang berminyak, tersumbat dan berbau.


Hmmm…mungkin ni juga punca tikus suka masuk jiran sebelah rumah ikut salur longkang dapur. Ada bau yang menarik perhatian cik tikus ni kot. Setakat ni, semut, lipas atau serangga lain tak datang dari saluran longkang dapur tu. Bau pun takde.

Kerenah Darrien

Suka kucing

Darrien di saat umur 1 tahun 6 bulan adalah sangat ‘clingy’.  Aku suka, tapi melayan kerenah dia adalah sangat memenatkan. Bukannya aku nak jauhkan dia dari aku cuma banyak kerja rumah yang tertangguh demi melayan dia.

Kalau aku berbedak dalam bilik, dia pun akan bawa ipad dan main dalam bilik. Lepas tu bila aku nak iron tudung kat luar dia pun usung ipad tu dan duduk sebelah kaki aku, kat sebelah kaki ok…bukan sekadar nak nampak mak dia je…kalau boleh dia nak aku iron tudung sambil kelek dia.

Bila nampak aku sarung jeans je, melompat-lompat la dia…siap tolong tarik cardigan atau tudung suruh pakai. Tersengih-sengih tahu orang nak keluar mesti bawa dia sekali. Kalau merajuk pun terus ok.

Makan mesti join punya, budak sebesar dia mahu dilayan macam orang dewasa. Dia duduk 1 kerusi, mak ngan bapaknya masing-masing kat sebelah dia, tak cukup korum dia panggil, “Di, duk” (daddy, duduk). Lepas makan mesti main golek-golek kat karpet, main toys, atau bacakan buku untuk dia. Kalau dia main game kat phone atau ipad punggung dia mesti landing atas paha aku. Kadang aku elak-elak, kejap lagi datangla mengesot-ngesot dia cari kaki aku.  

Hujung minggu kalau memasak, dia pun ikut duduk kat dapur. Selalu peti sejuk jadi mangsa. Dia buka pintu, kemudian duduk dalam peti sejuk sambil tengok aku masak. Bila dah bosan menunggu, dia tarik-tarik aku ajak pegi depan main toy. Padahal dapur dengan ruang tamu bukan ada penghadang pun.

Nak tidur, mak bapak mesti ada kat sebelah. Kalau tak cukup korum, dia akan turun naik katil, keluar masuk bilik panggil bapak/maknya “ Abba…..” sekuat hati supaya baring sama-sama dengan dia. Lampu mesti tutup semua untuk menunjukkan waktu tidur dah sampai. Lastnyer...ngan mak bapaknya pun terbongkang sama sampai subuh.

Aku tak conquer anak pun, waktu mandi dia sebolehnya aku minta Zizzi yang buat supaya ada bonding time antara diorang. Susu anak malam-malam Zizzi yang buatkan. Tukar pampers tengah malam pun dia yang buatkan. Selalu aku suruh Zizzi keluar rumah dengan Darrien supaya aku dapat setelkan kerja rumah. Kadang-kadang ada la dia bawa.

Darrien juga dah faham arahan, ini start dalam umur dia setahun 3 bulan kot. Sekarang kalau mood dia baik, boleh minta tolong tutup pintu peti sejuk, tolong buka pintu dan tolong tolak kerusi ke bawah meja. Kadang-kadang dia ambil barang dari peti sejuk, bila dah bosan dia letak semula barang tu dalam peti sejuk .  Buang sampah pun boleh, kadang-kadang yang bukan sampah pun dia letak dalam tong sampah.

Dia suka dengan ‘truck’ dan ‘crane’ dia boleh ulang dua perkataan ni sepanjang jalan selama dia dalam kereta. Kalau nak senang masukkan dia dalam kereta cakap “nanti kita tengok truck kat highway”. Juga dah boleh buat ‘deal’ dia. Darrien ni tak suka pakai sweater, tapi suka berpayung… kalau dia nak keluar, kita boleh deal dengan dia kalau nak keluar kena pakai sweater sebab sejuk kat luar, dia boleh ikut.  

Berat dia lebih kurang 13kg, umur semasa setahun sembilan bulan. Berat macam ni kalau dia mengamuk dalam pasaraya, aku rasa macam latihan angkat beban 25kg. Berselirat terus urat badan aku bila angkat dia masa tengah mengamuk.

Saturday, January 24, 2015

Jus tomato sedap


Inilah kegemaran aku sekarang! 

Dah lama aku cari cara untuk menambah tomato dalam diet harian. Aku kurang gemar makan tomato mentah sebab tak suka baunya. Tapi khasiatnya sangat banyak. Sebelum ni aku, aku makan tomato kalau dimasukkan dalam masakan macam ayam masak merah atau tomyam. Kadang-kadang aku buat kerabu tomato. Kalau hirisan tomato mentah dalam nasi goreng tu memang tolak tepi la. Tapi setakat tu je mana cukup. Kena cari alternative lain supaya tak jemu. Semalam, setelah lama men’google’ jumpa idea orang buat jus tomato yang sedap. Aku pun apa lagi, berangan apa yang ada kat dapur. 

Sampai rumah semalam, terus keluarkan tomato, lobak merah kupas, potong dan blend. Lepas tu, rasa macam nak keluarkan angin dari badan sekali, masukkan sikit halia muda. Blend lagi. Lepas blend bau jus tu ok la….takde bau tak sedap tomato tu. Bagus halia dengan lobak tu…hilangkan bau tomato yang kurang sedap. Try minum, ish…cam tak lalu je….terpikir kalau baunya harum and manis sikit kan best. Terus belah limau kasturi dan perah jusnya kedalam jus tomato tadi, untuk manis aku masukkan madu lebah. Hoiiii….ni hari-hari minum jus tomato pun takpe kalau sedap camni. Dah la sedap, senang, murah dan menyihatkan plak tu. Dapat bonus kulit sihat dan lewatkan tanda penuaan lagi. Bleh la umur 50 nanti ada budak belasan panggil aku kakak!

Meh sini aku kongsi resepi.

Bahan
1 biji tomato (dipotong kiub)
¼ batang lobak merah (dipotong kiub)
1 inci halia muda (boleh juga halia tua untuk rasa halia yang lebih)
3 biji limau kasturi (jus lemon/limau nipis tp xperlu sampai 3 biji)
Madu lebah (sesuaikan dengan tahap kemanisan masing-masing)

Caranya;
1.       Kisar tomato, lobak dan halia
2.       Tuang dalam bekas air
3.       Perah jus limau kasturi ke dalam bekas air tadi
4.       Tambah madu dan kacau. Kalau takde madu lebah, gantikan dengan gula.

*boleh minum terus atau ditapis kalau tak suka telan hampasnya. Kalau tapis, hampasnya buat masker muka.

Lain kali kalau aku dapat buat jus lain yang sedap dan berkhasiat, aku kongsi lagi.

Ayam Kicap Pedas Darrien

Ini kisah lama..terperuk dalam draft.

Alkisahnya aku masak mee kari minggu lepas. Mee kari aku ni ada yang kurang, malas aku nak bagi resepi, tunggu aku buat lagi sampai bapak Darrien kata sedap baru boleh bagi resepi. Menu untuk Darrien pulak ayam kicap pedas yang tak berapa pedas. Bapak Darrien ni memang, yang aku masakkan untuk dia segala-galanya kurang. Ayam kicap Darrien jugak yang dia puja. Terpaksa aku mengabadikan resepi rahsia ku disini senang nanti aku buat lagi. Banyak versi ayam kicap aku buat sebelum ni dapat komen biasa-biasa je dari bapak Darrien. Gambar takde, terlupa nak snap.

Bahan-bahan
½ kilo ayam
4 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 sb sos cili
1 biji tomato – dihiris
1 labu bawang besar – dihiris

Bahan kisar
4 ulas bawang merah
¼ labu bawang besar
2 ulas bawang putih
½ cm halia
2 sb cili kisar (boleh juga guna serbuk cili)
1 sk udang kering- rendam & tos

Bahan tumis
1 batang kulit kayu manis
1 kuntuk bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 batang serai (dititik)

Caranya
1.       Panaskan minyak, masuk bahan tumis dan tumis hingga naik bau.
2.       Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing kemudian masukkan kicap manis dan sos tiram
3.       Masukkan ayam dan gaul sebati
4.       Masukkan air dan biarkan ayam masak

5.       Suaikan rasa dan kepekatan dan masukkan tomato dan bawang besar yang dihiris tadi dan tutup api. 

Sambal Daging Mama


Selalu laki aku tanya apa masakan yang aku paling pandai masak. Aku jawab masak bening (sayur air) dengan sambal.  Ahaha..aku ni memang gini…yang aku suka je tau masak, orang lain punya kesukaan taknak ambik tau..bila kawin…terpaksa jugak la belajar menu lain.

Ni aku nak satu letak resepi biasa sebagai kenangan…mendapat pujian SEDAP SANGAT lebih tiga kali walaupun aku cakap terlupa letak daun limau purut untuk tambah keharuman sambal dagingku. Kurang sedap rupanya sambal daging yang aku buat sebelum ni. Nampaknya lain kali tak boleh ubah resepi, nanti kurang sedap payah pulak aku nak recall. Walaupun tak dapat sama level dengan mak mertua bila masak menu lain, sekurang-kurangnya laki aku akan balik makan masakan aku kalau dia teringin makan sambal daging ni….hahahahahaha….

Sebenarnya aku guna bahan yang dah siap blend tapi untuk kesenangan orang lain aku guna sukatan mudah je la. Tapi bleh je adjust skit2 bahan ni…yang penting masak dari hati,follow  instint kata orang putih. Bubuk (udang geragau) kat bawah tu special dari Bintulu sebab baunya tak kuat dan tak masin. Belacan pun guna belacan dari Bintulu sebab kurang masin dan kurang berbau. Dibawa khas untukku oleh ibu mertuaku.

Sambal Daging

Bahan-bahan
½ kg daging daging (di potong kiub)
3 sudu besar pes cili kering
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
½ cm halia*
½ cm belacan*
1 sudu besar bubuk (udang geragau kering)*
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 batang serai (dititik)
Sedikit pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
*dikisar

Cara memasak
1.       Tumis pes cili kering dan bahan kisar hingga masak.
2.       Masukkan serai.
3.       Masukkan daging, gaul sebentar kemudian masukkan air.  Masak hingga daging empuk.
4.       Apabila daging telah empuk, tambahkan sos tiram, sos cili, pes asam jawa. Masak hingga kuah pekat.
5.       Apabila kuah telah pekat tambahkan garam dan gula mengikut citarasa. Tutup api.

6.       Boleh juga masukkan hirisan bawang besar apabila hampir masak.