Tahun 2013, pertama kali membahasakan diri sebagai mama. Pertama kali terasa sambutan hari ibu terkena pada batang hidung sendiri. Darrien tak faham apa pun masa tu.
Tahun 2014, Darrien cuma pandai sebut 'ma' je yang sebenarnya itu cuma sebahagian daripada proses perkembangan bahasa dia je. Kadang-kadang tak merujuk kepada maksud 'mama' itu sendiri.
Tahun 2015, dia dah pandai sebut 'mama'! Weehoooo!!! Tahun ni betul-betul perkataan mama tu bermaksud 'mama'. Kembang kempis hidung mamamu ini. Sekarang ni sampai dalam tandas pun dia kejar. Sikit-sikit mama, terjeling sikit mama,sakit mama, marah mama, nangis pun mamaaaa.....jugak.
Cam over ye mak ko ni Darrien....biarlah...lama kot mama tunggu anak yang mama lahirkan panggil mama. Ada yang mungkin belum berpeluang lagi. Untung mama sempat dengar mulut kecik Darrien tu sebut mama berpuluh kali sehari. Walaupun dalam keadaan kita tak sehaluan. Hehehe....bertekak dengan Darrien adalah drama bersiri yang tak pernah habis.
Selamat hari ibu!
Wefie merupakan aktiviti kegemaran bersama |
No comments:
Post a Comment