Island
Hoping
Kitorang bersiap awal hari ni sebab
aktiviti pertama yang akan dilakukan selepas bersarapan hari ni adalah ‘Island
Hoping’. Dalam sesi Island Hoping, ada 3 buah pulau yang akan dilawati – Pulau
Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah.
Pulau Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting
Bentuk pulau dayang bunting
Kat belakang tu, tasik dayang bunting
Kat
sini kitorang diturunkan ke pulau dan berjalan selama lebih kurang 15 minit
untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting. Boleh terjun ke dalam tasik tu kalau nak
rasa mandi tasik. Juga ada solar boat untuk yang berminat bersiar-siar di tasik
tu. Tapi kena bayar la kalau tak salah 30 minit,RM30 kot.
Kalau ke Pulau Dayang
Bunting elok sorok bekalan makanan (jika ada) sebab penghuni tetap (monyet)
Pulau Dayang Bunting akan aim korang punya makanan atau botol minuman.
Paling
monyet ni suka air 100 plus, hmmm…pandai pilih minuman isotonik...kalau dapat
oren diorang tuang ke tanah je. Masa yang diberikan kat sini, 1 jam.
Pulau Singa Besar
Kat
sini kitorang tak turun ke pulau cuma. Duduk dalam bot je. Ada lebih 200 helang
kat sini mengikut kata pemandu bot kitorang. Dapat la tangkap gambar
helang-helang tu menyambar lemak-lemak ayam yang pemandu bot lempar untuk tarik
perhatian diorang. Kurang 45 minit kitorang kat sini.
Pulau Beras Basah
Kat
pulau ni ada pantai untuk mandi manda. Pasir kat pulau ni halus sangat. Best
jalan-jalan kat gigi air sambil menikmati pemandangan. Harus ingat, pulau ni
takde ‘changing room’. So mandi dan pulang ke hotel dengan pakaian basah korang
tu je. Ada juga yang jual minuman ringan tapi standard harga pulau, mahal sikit
la. Nasib kitorang tak baik hari tu, hari hujan lepas sampai kat pulau ni. Geng
1 bot ngan kitorang awal-awal lagi masuk bot semula jadi kitorang balik cepat.
Belum pukul 12 dah gerak balik.
Lepas balik, tidur sekejap kemudian kitorang bersiap-siap
untuk keluar semula. Kali ni pegi makan tengah hari dan kalau boleh cuba nasib
untuk naik cable car. Tak berani nak ambil risiko tunda ke esok hari sebab
ramai dok cerita kalau cuaca tak bagus pihak pengurusan akan tutup operasi
cable car untuk sementara waktu.
1 comment:
nak naik cable car mmg bergntg kepada nasib..kdg2 leh turun hujan x dpt nk naik.. :)
Post a Comment