Fave
Hotel
Kami bermalam di Fave Hotel. Dekat dengan pantai Cenang . Daripada yang aku dengar, Fave Hotel ni baru je buka sekitar akhir tahun 2011. Bilik yang disediakan bersih dan harum dengan keluasan yang terhad. Staf yang bertugas di Fave Hotel ni peramah dan mesra. Selain tu, ada juga kolam renang di ground floor dan spa bersebelahan dengan hotel ni. Sebab trip ni pendek je tak sempat aku nak memanjakan diri kat spa tu. Kalau tengok dari booklet yang aku ambik kat airport tu, package yang spa tu offer memang berbaloi dengan harganya.
Selain tu, ada juga kedai makan bersebelahan
bangunan Fave Hotel ni, kalau nak makan memang senang dan kedai makan tu
ditutup agak lewat juga. Pasar mini pun ada berdepan dengan Fave Hotel ni. Jadi
tak payah risau kalau tertinggal ubat gigi macam kitorang. Jalan kaki lintas
jalan je. Petang – petang ada orang jual makanan goreng kat sebelah pasar mini
tu. Bolehla bersantai kat kolam renang sambil minum petang. Tu pun kalau takde
mat salleh baring pakai two pieces kat situ.
Kat
hotel ni juga disediakan sarapan pagi untuk tetamunya. Tapi sarapannya tak
pelbagai dan berdasarkan pengalaman bersarapan untuk 2 hari tu aku simpulkan
makanan kat hotel tu kurang menepati selera aku. Juga ada WiFi free di sini.
Sebenarnya kitorang nak pegi satu restoran
di Kuah tapi tersalah masuk simpang, jangan tanya kat mana sebab aku tak cam
jalan kat situ. Jadi kitorang terus je jalan tanpa berpatah balik. Akhirnya
berenti kat Sajian Akis ni sebab dah lapar. Servis tak laju tapi tak la lambat
sangat. Kitorang order nasi goreng ayam je tapi tak sedap. Ada rasa masin
manisnya tapi nasi yang digoreng tak macam ditanak tak cukup air je. NOT
RECOMMENDED.
1 comment:
Waah, nnt boleh dtg lagi :)
Post a Comment