|
Dalam ETS ke KLIA, masa ni elok je perangai |
Raya tahun ni raya paling simple dan sederhana. Baju raya
pun beli masa minggu terakhir puasa. Aku pilih kaler biru tahun ni sebab Zizzi
nak pakai baju melayu yang lama. Lagipun warna biru tu tak ada dalam gambar
dulu, nampak macam pakai baju baru jugak. Baju aku pun last minit dah nak balik
baru dapat. Dah hampir give up aku menengok sebenarnya. Ingat nak pakai je baju
kurung lama. Tapi nak dijadikan rezeki aku dan peniaga tu, aku dapat baju murah
kat Bangunan MARA. Kena pulak dengan
kaler yang aku pilih, last piece dan saiz sesuai try sekali terus bayar….gittew…
Tak cukup 1, aku beli lagi sepasang…kebaya pendek kaler
hijau. Pon murah jugak…oklah…bajet untuk sepasang dapat 2 pasang pulak. Syukur….dapat
salin baju baru tahun ni.
Sehari sebelum hari raya
|
Selamat pinggang aku dia nak duduk kat troli, kalau tak asyik minta dukung je |
Beg konon nak kemas malam Ahad membawak ke malam nak balik
baru kemas. Baju raya aku memang tak basuh terus pakai. Tak sempat. Gerak Khamis
pagi 16 July 2015. Flight pukul 10.20. kereta parking kat Putrajaya Sentral
sebab nak jimat duit. Banyak gila dapat jimat…tapi bersusah payah la sikit
angkut beg besar.
|
Main dengan baby kat seat depan |
Cuti raya pun pendek je kali ni. 5 hari je. Kali kedua
Darrien naik flight. Dia memang excited sebab dah seminggu aku bercerita dekat
dia nak naik aeroplane jumpa maknek dengan Nana (sepupu). Senang je bila dia
bangun pagi, walaupun marah sebab kena kejut, tapi bila cakap nak naik
aeroplane terus diam.
|
Laksa sarawak sebelum kuah diletakkan, bahagian atas kiri gambar tu kelupis |
Naik train dari Putrajaya Sentral ke KLIA pun dia sangat ok.
Excited jugak sebab dia suka semua jenis kenderaan. Dah la kat train station
dia jerit ‘train’ kuat-kuat…dalam flight susah sikit nak pakaikan seatbelt. Tu
je.flight pergi ada screen, pasang ‘Ice Age’ bagi dia tengok tingkap, dia ok.
Cuma nak turun je kena pasangkan seatbelt je dia mengamuk, dahla baru tertido,
mengamuk member…nasib dah sampai…takla rasa bersalah sangat dengan penumpang
lain.
Petang tu dapat makan laksa Sarawak dan buka puasa pun awal
sikit. Malam tu tak larat nak iron baju, lepas tolong mak kat dapur, Darrien
mintak susu terus aku tetido sekali dengan Darrien.
Hari raya
Aku bangun awal tapi tak sempat mandi awal. Lepas solat
subuh terus iron baju. Siapkan pakaian Darrien dengan Zizzi baru dapat mandi.
Lepas semua berbaju raya sesi bersalam-salaman dan bergambar kat rumah.
Budak-budak seronok la masing-masing dapat duit raya. Lepas tu apa
lagi….makannnnn….mak masak kari ayam, rendang daging dan kuah kacang.
|
Baju raya Darrien tahun ni, sepasang je, masih aku belikan baju melayu kain t-shirt supaya dia selesa pakai |
Hari raya pertama tak beraya ke rumah orang pun. Petang tu
kitorang pegi studio bergambar. Rutin bila beraya kat sana, satu family
bergambar.
Petang lepas bergambar kitorang keluar balik beli basikal
untuk Darrien. Nasib baik dapat voucher RM100 hadiah dari paknek…dapat jimat
duit sikit untuk beli basikal. Semua gara-gara Darrien sibuk nak main basikal
sepupu dia.
|
Tak menyabor nak naik beskal... |
Malam tu ronda dalam kampung naik motor tengok suasana raya
kat sana….meriah sangat diorang…hampir semua rumah pasang lampu
berwarna-warni…orang beraya dengan baju melayu, yang perempuan
berfesyen-fesyen. Sekali pandang, rasa macam sambutan raya diorang lebih meriah
dari di semenanjung.
Raya kedua
|
Ketammmm.....gggrrrrrrr...... |
Bintulu panas sangat raya ni, aku sampai hampir demam. Mak masak ketam, ikan pari dengan sayur paku......ketam is my favourite....apalagi....belasah la...Malam
baru kami keluar beraya, pegi satu rumah je. Sebelum tu kami memborong roti kat
‘Chef’. Sedap-sedap roti kat situ. Tu yang beli banyak. ‘Chef’ bakeri halal kat
Bintulu.
Raya ketiga
|
Buah ambang/ambeng...rasa macam pelam tapi kulitnya tebal |
Siang, ada relative datang…mak masak sedap…tapi tak dapat
tolong banyak….Darrien pun sama naik jugak perangai hari tu…nasib baik waktu
makan tengah hari dia tido…dapat aku makan puas-puas.
|
Kek lapis |
Malam ni kami keluar beraya lagi. kali ni banyak sikit
berjalan…makan kek lapis. Tapi kali ni cepat pulak aku muak makan kek
lapis…dulu setiap jenis yang terhidang aku makan. Kali ni aku cuba 2 jenis yang
lain tak boleh masuk dah. Padahal nafsu aku teringin nak cuba semua yang ada
tapi tak boleh. Faktor penuaan mungkin. Raya kali ni selesa sikit, Darrien dah
besar dan tahu jaga kelakuan sikit-sikit. Dia tak boleh tahan perasaan kalau
nampak toy je. Rumah lain yang takde toy dia sangat ok. Takde lagi Darrien yang
mengamuk bila sampai rumah orang. Kalau dia dah bosan dan nak balik dia cakap
elok-elok. ‘ma, jom cepat’.
|
Kek lapis |
Raya keempat
|
Seronok anak aku tengok water fountain, asyik la panggil fish..tapi fishnya tak keluar-keluar pon |
Flight kami ke KL lewat petang. Pagi ni aku dengan Zizzi
dating berdua ke pasar. Lama kitorang keluar. Ambil kesempatan…hehehehe…Darrien
titip dekat maknek. Cari ikan masin, ramai yang belum mula berniaga.
Takdelah…aku pun kecewa jugak sebenarnya…dahla jarang balik, sekali balik takde
pulak. Lepas tu Zizzi nak ajak makan mee kolok pun kedai belum buka.
|
Pasar utama Bintulu atau nama pendeknya PUB |
Semua
peniaga Muslim masih beraya lagi. Yang mula buka kedai hari tu pun…belum masak.
Tak dapat la kami makan kat luar….nasib baik bila balik rumah menu sedapppp
giler…..hahaaaa…..ada terubuk kukus, tongkol putih goreng, midin goreng, dengan
butter prawn. First time aku buat butter prawn dengan tunjuk ajar mak mertua...lepas ni boleh la buat sendiri kot. Lepas tu, makan sampai mak mertua lalu pun tak pandang.
|
Ni la midin, buat midin goreng campur baby corn sedappp... |
Tengah hari pack barang…keluar ke airport.Balikkkkk rumah sendiri....
No comments:
Post a Comment