Tiap-tiap tahun company aku sediakan free medical check untuk semua staff. Tahun ni, yang pertama untuk aku. Complete check up okey...bukan takat urine test je...free plak tu..gomen pun tak spon 1.2mil staff dia buat medical check sampai tahap tu. Kalo korang nak, meh la apply kat tempat keje aku ni..kompem korang troma setiap kali datangnya April..sampai aku yang penakut tahap gaban ni pun terpaksa serah tangan untuk diambik darah. Tapi jangan tanya la keadaan aku time tu..tangan basah giler...ambik keputusan SPM pun tangan tak menggeletar walau pun keputusan kat slip tu memang tau takkan gempak.
Sampai doktor guna jarum baby je untuk ambik darah aku. Eh, sebenarnya aku taktau pun doktor guna jarum apa..cuma orang yang berbaris kat belakang aku cakap "eee...doktor guna jarum baby la kat dia..." Whatever, asalkan darah boleh keluar...Boleh pulak time aku tengah di ambik darah orang belakang aku cakap, "pusing la kepala tu..taknak tengok ke darah awak...kaler purple"..ces...aku tengah dok kawal pernafasan sebab doktor cakap salur darah aku lari bila kena jarum ni..sebelum tu dah kena cucuk sekali tapi vein aku melarikan diri...agaknya vein aku pun tak merelakan darah di sedut dari situ..Last-last, bekas kena cucuk jarum baby tu 5 hari baru hilang..ambik ko...orang lain 2 jam lepas ambik darah terus xnampak kesan..yang aku berhari-hari baru hilang.
Petang tadi dapat keputusan ujian darah, air kencing dengan ECG...ujian darah pertama yang aku alami sepanjang hidup aku. Baru aku tau aku punya jenis darah, tahap kolestrol..bla..bla..bla...syukurla semuanya normal kecuali 2 benda je yang terlebih sikit dari normal. 2 benda tu adalah bilirubin (sila google sendiri sebab aku tak reti nak terangkan) dengan tahap LDL atau dengan kata lain lemak jahat. Yang bilirubin tu, doktor cakap takyah risau..sebab takleh buat apa pun sebab hati aku masih berfungsi dengan baik..
Yang LDL tu....hmmm.....lebih sikit je..hehee..normal kurang daripada 2.58. Aku punya bacaan 2.80. Tapi doktor tu sangat sporting..dia cakap "ntah-ntah 2 3 hari sebelum blood test awak ni ada banyak makan makanan bergoreng kot"..yang sebenarnya memang pun, hari-hari balik rumah mengadap keropok dengan kek hati pari tu dah la sejak dua bulan lepas aku yang mengabiskan dekat 2 loyang (8 x 8) hati pari tu, ..mana la LDL tak tinggi. Sedap giler kek tu...Tapi, takpe...yang HDL tu tinggi jugak lebih daripada 0.91..jadi balance la..cuma kena kurangkan lemak-lemak jahat je...jadi mari kita teruskan makan telur omega-3 dengan minum susu anti koles. Tak sia-sia Zz beli susu tepung kat aku tiap-tiap bulan. Kalau dia beli susu kotak kompem aku mintak yang full cream atau fresh milk sebab low fat milk rasa tak best.
Keseluruhannya, semuanya ok...itu tandanya aku tak perlu ubah apa-apa dalam diet...makan je apa yang aku suka setiap hari seperti biasa....macam doktor nasihat kat aku petang tadi..don't worry, be happy and enjoy your life!
No comments:
Post a Comment