Tuesday, February 28, 2012

Kamera


Minggu lepas, Zz tetiba je ajak pegi tengok kamera kat Low Yat. Asalnya aku cuma bagi tau, ada kamera murah kat Carrefour xde niat pun nak ke Low Yat pun. Brand Olympus, RM 299, 12MP
sangatla menepati bajet aku yang kecil itu. Tup-tup dia cakap nak pegi Low Yat cari compact camera untuk aku guna sebab aku fail dalam usaha memegang kamera dia yang gedabak itu. Mana taknya, berat kamera tu dah 10% daripada berat aku (aku hentam je ni). Tangan pulak spesis gegar-gegar punya. Memang takkan berjaya la kalau aku nak snap gambar guna kamera dia. 

Olympus VG110
Sampai kat Low Yat, aku dah blurr..bukan sebab dah lama tak masuk situ, sebab dia tak bagi intro yang cukup kat aku. Selalu kalau dia nak beli sesuatu benda, bukan main lagi dia buat internet survey, baca pamphlet segala, ni survey dan beli. Jadinya aku macam pandang semua kamera tanpa perasaan sebab taktau apa yang ada di sebalik warna-warna yang menarik itu..maksud aku fungsi kamera tu. Dah la suruh aku yang pilih. Zz tanya apa yang aku nak dalam kamera tu, aku cakap mesti ada image stabilizer…hahaha..itu satu kemestian bagi orang yang mempunyai tangan yang tak cukup stabil. 
Sony - dulu berangan nak yang cenggini la

Mula-mula masuk Sony store, oooooo…kamera Sony memang cute, slim dan ringan tapi kenapa tidak berkenan pun entahla padahal dulu kalau tanya jenama apa untuk kompak kamera yang diminati pasti Sony. Mungkin sebab tak study dulu sebelum shopping. Lepas tu pegi ke kedai seterusnya, ada interest untuk bertanya di situ tapi semua staff dia tengah sibuk layan pelanggan pulak. Jalan lagi dan berhenti di kedai seterusnya. Okeh ada orang entertain. 
Samsung Multiview

Seperti biasa, setiap kedai akan tunjuk Samsung sebab ianya affordable dan fungsinya lebih terutama part editing. Dan kamera Samsung yang terbaru LCD skrinnya boleh slide macam Galaxy S tau! 
Nikon S100

Hmmm..tak minat. Nikon yang baru, sleek and slim, sekali pandang tak berupa kamera. Tak minat jugak. Pandang atas sikit, nampak rupa yang agak klasik tapi smart. Bila tengok, eh macam ada cirri-ciri DSLR la…tapi kecik. Fungsi untuk snap gambar pun pelbagai cuma tak ada editing function yang girlie-girlie tu..contoh macam nak letak hati atau love kat gambar. Takper, yang tu tak penting pun. Terus berkenan…pastu…pandang Zz, dia pun macam suka je…aku cakap pada dia, kalau pegi outstation sorang dan banyak barang nak bawa tak perlula nak angkut sekali kamera yang besar tu, ada pilihan untuk bawa yang kecil sikit tapi dengan kualiti yang hampir sama dengan kamera besar tu. Lagipun, bukannya nak pasang flash atau tukar-tukar lense kalau ambik gambar untuk tujuan kerja. Dia setuju.  

  


So, kitorang beli Panasonic Lumix DMC-LX5. 



 Panasonic Lumix DMC-LX5

Sekarang memupuk minat untuk belajar tip-tip fotografi. 

Mencari sumber bacaan untuk compact camera.

Dan, mempertimbangkan untuk study editing software walau hakikatnya ntah bila nak belajar padahal bekerja dikelilingi oleh orang yang guna AI segala. Jadinya kalau nak belajar, bukanla sesukar mana. 

p/s: Zz (sebutan zizi) tu kata ganti nama terbaru yang aku create untuk laki aku mulai sekarang.
                                                       

 

No comments: