Wednesday, July 14, 2010

Detox Foot Patch

3 hari lepas aku ada order Detox Foot Patch dan semalam barang yang aku order dah sampai.  Aku order gara-gara terpengaruh dengan opismate aku yang sakit kaki tetapi sakit dia berkurangan lepas guna foot patch atau koyok kaki ni.

Baru sampai.

Koyok herba

Dalam ni ada 50 set koyok. Nakk??? Aku cuba dulu ok..kang nanti promote je lebih..sendiri tak guna macam mana nak tau kesan penggunaan, tul tak?

Malam tadi bukan aku je yang try, kebetulan makcik dengan embah aku datang. Aku pun bagi la sorang 1 set. 1 cukup la Wak Ani oii....nak U boleh order kat I ok...Wakdah ngan Wakdin pun aku bagi gak, suruh pakai malam tadi jugak..hahahaha!!!!aku anak buah baikkan? bagi sampel free jer...hahahahaa...

Nak tido malam tadi, aku pun pakai sepasang...ntah betul ke tak, aku pakai je ikut gambar aku tengok kat internet siang semalam.  

Cara-caranya:

Lekat bungkusan herba pada pelekat cam gambar kat atas tu.



Tampalkan pada tapak kaki. Jenuh gak sebelah pegang kamera sebelah pegang koyok. Orang kiwa ni payah skit. Tangan kanan tak berapa kuat nak tangkap gambar, kena gak pegang kamera guna tangan kiri.


Lekat cam ni.  Pastu tido dengan nyenyak..ZzzzZZzzz.....zzzz....


Bangun pagi. Hehehe, terus cari tepon tu kerana di situ la kamera ku..gigih tangkap gambar dengan mata yang tak berapa nak terang. 


Tadaaaa...tak sangka banyak gak toksin.  Ni sebelah kanan punya.


Ni lah hasil koyok tu setelah di tampal semalam pada tapak kakiku....

Kesan yang aku rasa???

Aku tak pasti la aku rasa senang bangun pagi tadi sebab aku teruja nak buka koyok kat kaki aku atau memang toksin yang dah keluar tu telah 'meringankan' badan aku. Tapi memang takdak la rasa nak melingkar, mengeliat atau tido 5 minit lagi bila dah terjaga pagi tadi.  Rasanya aku suka benda tu dan nak pakai lagi.  Moga-moga bila toksin dah keluar aku akan lebih sihat dan kuat. HAHA!!!!..

Wakdah pun pakai malam tadi, pagi ni bila aku tanya dia cakap memangla keluar tapi kalau nak nampak kesan sekurang-kurangnya kena pakai seminggu. Hehehe..nak orderla,...mana larat nak sponsor sampai seminggu...bengkok karang...kat mak sendiri pun kena la bagi jugak. Kalau semua orang nak free, aku nak makan apa minggu depan???

Aku akan bagi dekat mak aku jugak. Kalau mak aku punya testimoni ok. Aku nak beli lagi!


*********************************
Selain dari koyok tu, aku ada beli ampoule jugak. Aku beli 1 je. Saja-saja nak cuba. Ampoule ni banyak digunakan di salun-salun kecantikan (yang aku baca la, aku tak pernah pegi salun pun). Facial pun buat sendiri je.  

Neutralizing ampoule

Saiz dia kecik je.Eh, cam tak padan je aku bandingkan dengan lip butter aku. Tapi botol ampule tu kurus macam pen kilo je.

Aku guna benda malam dengan pagi tadi. Rasa lembap je kulit muka aku. Kalau nak nampak kesan, at least kena pakai dalam 10 botol. Nanti-nanti la aku beli...



2 comments:

MyStory said...

pandai ye hang azimah...aku jadi testimoni hang dlm diam-diam....tapi foot patch tu mmg berkesan..kurang sakit kaki aku.... tapi azimah akak tak tahan ler tgk kaki hang waktu hang dok tampal foot patch tu..awat besaq gedabak...kui3x..jgn mare aaa

Azi said...

keknis...dah self-capture, gambaq dekat..memangla nampak besaq nak mampuih...