Friday, April 16, 2010

Naik kapal terbang ke Dubai

Dah lama tak letak entry..penat dan takde masa sebenarnya.

Tapi aku kena bagi tau jugak kedudukan aku dimuka bumi ni sekarang adalah di UAE.
Atau dengan lebih tepat lagi, aku kat Dubai.
Wah....tak pernah temimpi sejak aku lahir aku boleh menjejakkan kaki ke bumi Dubai ni.
Jangan salah faham k, aku bukan nak berlagak.  Baca dulu sampai habis.

Sejak aku lahir, dunia aku hanyalah famili aku, orang kampung, dan kawan sekolah.  Lepas PMR, aku apply untuk masuk ke sekolah teknik.  Alhamdulillah, permohonan aku berjaya  mendapatkan tempat di salah satu sekolah teknik di Kedah.  Di situ, aku habiskan masa 2 tahun.  Masa tu, pemikiran masih lagi belum terbuka untuk ke luar negara menggunakan tiket selain tiket biasiswa.  Aku tak pandai wei!!!!!! jadi dengan latar belakang keluarga aku yang hanya mampu menyara pendidikan aku didalam Malaysia saja, aku tak mimpi lebih-lebih laaaa..nak pegi oversea.dan segala apa ntah lagi tempat di dunia ni selain Malaysia.  Walaupun begitu, melangkah keluar dari kampung buat pertama kali ke sekolah berasrama (sekolah teknik), buat aku teruja dengan dunia luar.

Jadi, dengan keputusan SPM yang seberapa aku memohon masuk ke universiti tempatan dengan mengambil jurusan bertaraf diploma...bukan aku taknak jimat masa masuk matrik...keputusan aku tak melayakkan aku nak apply matrik pun. Sekali lagi, aku punya tempat belajar jauh (bagi aku la).  Aku dapat tempat kat Terengganu.  Aku kuatkan semangat, pegi jugak daftar.  Walaupun separuh hati je aku pegi sana, masa tu bandar tempat aku study tu takde yang menarik langsung....aku rela dapat offer study kat Johor or Melaka, tapi tak dapat nak buat macam mana.  Aku rindu rumah woooo!!!!!lantak korang la nak kata aku ni homesick ke, ade orang pegi belajar lagi jauh dari aku ke or whatever....dan kesannya adalah.....setiap kali aku dapat duit ptptn yang RM2+++ satu sem tu..(dulu aku belajar ambik loan, nak apply biasiswa tak cukup syarat, tu pun nasib baik ade ptptn kalau tak takdenye aku dpt naik pentas ambik dip n degree aku tu).....k sambung balik, duit yang aku dapat tu aku guna buat beli makanan..aku jarang belanja orang, aku pun tak pandai lagi nak shopping baju or make-up masa tu...jadi dapat disimpulkan duit tu aku habiskan untuk makanan aku sorang je.  Makan adalah salah satu cara untuk aku lupakan ingatan aku kepada famili aku, especially mak aku la..bukan taknak ingat...kalau aku ingat diorang aku takleh study nanti.  Ok, stop citer pasal benda lain.

Lepas habis diploma, aku terus sambung degree kat Shah Alam.  Kali ni ok skit la..dekat sikit dengan kampung aku.  Aku pun dah besar masa tu...Walaupun jurusan yang aku ambik tu ada bunyi-bunyi ke'antarabangsa'an, aku takde pun berangan nak keje kat luar.  Memang la senior aku ada yang keje dengan international company...tapi result diorang gempak wei...famili background plak bukan calang2 selalunya.  Sebab selalunya aku lulus cukup makan je.

Lepas habis degree, aku tak cuti lama..alhamdulillah aku dapat keje cepat.  Straight to the point, lepas setahun aku keje kat situ aku dapat peluang pegi oversea..aku dapat pegi Vietnam.  Masa tu berdebar-debar hati aku.  Even bapak aku pun tak bagi aku pegi mula2 sebenarnya.  Biasala orang tua, tambah lagi bapak aku sendiri tak pernah pegi mana2.  Bapak aku memang lahir, membesar, sekolah, keje dan mengalami penuaannya kat kampung je.  Jadi, dia ada sikit pemikiran yang konservatif bila anak dia nak pegi oversea.  Lagipun, dalam ramai2 anak dia..aku yang melangkah keluar dulu..risau la..anak pompuan plak tu..Tapi, menggunakan arahan opis..aku dapat pegi jugak...hehehehe.....

First time pegi oversea, aku excited giler.  Sampai terlupa aku pegi dengan siapa masa tu.  Tapi takpe, dah lepas dah.  Setahun lepas tu, aku dapat pegi Vietnam lagi..second time pegi..aku dah tak rasa berdebar lagi dah.  Ok la, yang penting aku dapat berjalan.  Lagipun, orang2 sekeliling aku seronok gak sebab aku suka beli souvenir bila aku outstation.  Habis duit elaun aku.  Selalunya, memang licin la duit elaun tu aku belanjakan untuk orang lain.  Tapi puas gak bila tengok orang suka bila kita bagi hadiah. 

Lepas 2 kali ke  Vietnam, aku ingat passport aku takkan ada stamp imigresen negara lain dah..rupa-rupanya tahun ni aku dapat peluang pegi Dubai.  Memang tak tolak.  Sampaikan aku risau benda lain pulak.  Aku risau aku jatuh sakit sebelum pegi.  Nanti kerajaan tak bagi aku keluar pulak sebab kan Malaysia tengah heboh dengan gelombang kedua H1N1 masa tu.  Jadi, aku berdoa supaya badan aku kuat dan sihat sentiasa.

Tak sangka, aku hampir kecundang kat sini....walaupun orang yang duduk sini cakap nasib baik masa aku datang panasnya bukanlah panas yang gila2 tu sedangkan patutnya memang waktu ni suhu memang panas sangaaatttt........syukur alhamdulillah...aku hampir demam, tambah lagi serangan sakit tekak yang memang selalu serang aku bila aku kurang minum air putih...ye la..duduk dalam flight 7 jam tu mana aku berani nak minum banyak2..asik nak weewee je...tulis entry ni je dah 2 kali aku weewee...dalam flight malasla nak duduk banyak2 kali kat toilet dia..susah nak keluar dari tempat duduk, nak tunggu turn lagi...masalah tau...

So, malam kedua aku kat sini orang ajak aku pegi shopping aku tolak.  Bukan taknak ambik peluang jalan2 kat Dubai ni..tapi panas badan aku dah meningkat..belum sampai tahap demam cuma aku taknak melarat kalau aku tak rehat cukup.  So, malam tu aku makan instant noodles, tido dari pukul 9 malam sampai 5.30pagi esoknya.  5.30 pagi kat sini tak awal eh..time tu Subuh dah dekat nak abis dah pun.  Waktu Subuh adalah pada pukul 4.40pagi.  Dan aku rasa pagi tu sangat selesa....i mean badan dah tak panas lagi...cuma sakit tekak yang masih berpanjangan sampai sekarang..taktau nak buat macam mana lagi, strepsils asik ambik je, air pun minum tak henti..Tunggu baik sendiri je..selalunya macam tu la...

Ok, sekarang aku nak senaraikan apa yang best kat sini, aku tak pernah pegi kawasan UAE yang lain, so, perbandingan hanya dibuat dengan Malaysia.

Makanan 

Aku suka makan nasi briyani kat sini.  Seminggu kat sini, hampir tiap2 hari makan tengah hari aku adalah nasi briyani.  Sedap wooo...yang paling sedap aku taktau sebab semua briyani yang aku beli sedap sangat tak macam briyani kat Malaysia aku kurang gemar sebab bau die lain kot.  Nasi Mandy kat sini pun sedappppp.....yang penting aku makan kambing kat sini..kat Malaysia aku tak makan sangat sebab bau kambing kuat sangat. ..sini tak..

Penduduk

Aku dapat tau orang tempatan kat sini (warga asal Dubai) hanyalah lebih kurang 10% daripada populasi Dubai.  90% adalah orang luar.  Diorang ni adalah orang Filipina, Nepal, Bangladesh bla..bla..bla..Kalau korang pegi kedai-kedai kat Dubai ni tak macam negara Arab, pekerja kedai kebanyakan Filipina.  Rasa macam negara Asia Tenggara adala..

Bahasa

Sebab banyak imigran, mengata orang dalam bahasa Melayu adalah possible.  Tapi hati2, ada Bangladesh yang pernah keja kat Malaysia..diorang pun tau cakap Melayu tau.  Kalau nak tawar-menawar kat sini rasanya berguna kalau belajar tagalog.  Bahasa Arab belajar kalau ko ada nak buat bisnes dengan pak-pak arab.  Semalam tu aku beli kain kat Pulwani..aku rasa macam beli kain kat Jalan TAR, KL. Orang kat kedai tu cakap Melayu...lancar pulak tu..kagum aku..betuklla kata Hikayat Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia.  Sekurang-kurangnya Melayu yang dimaksudkan mungkin Bahasa Melayu bukan orang Melayu.

Perempuan Arab

Jangan harap nak tengok perempuan Arab keje kat sini.  Aku dengar diorang dapat duit dari kerajaan tiap2 bulan..wallahualam... Malaysia?..takyah jauh..aku pun kena keja baru dapat duit.

Shopping

Minyak wangi - kat sini branded perfume murah, tapi kena pandai cari kedai yang jual original perfume. Tanya sapa-sapa yang pernah datang sini kat mana diorang beli.

Jubah wanita - aku dah survey, aku kurang minat nak beli jubah sebab fabrik yang diorang guna tak sesuai dengan cuaca Malaysia (ini pendapat aku) memang la ada yang sesuai, tapi tak sesuai dengan bajet aku pulak.

Jubah lelaki - aku beli jubah lelaki kat satu kedai tu, aku dah lupa nama...15 dirham je..untuk ayah and pakcik aku.

Kekacang - huh...pistachio kat sini murah...aku beli la setengah kilo..banyak2 nak bawak balik berat la..

Kain ela - aku beli skit..tu pun sebab jumpa yang ok.  Kain murah, especially silk..tapi design tak lawa..old fashion.

Selendang - pun design lama, lagi satu kalau setakat selendang chiffon dengan pashmina tu..berlambak kat Malaysia.

Branded items - try pegi Dubai Outlet Mall.  Ada banyak branded store kat situ yang bagi discount..kalau pandai cari bleh dapat yang murah..cam aku, aku dapat sepasang Nine West dengan harga 80 dirham je.Kawan aku plak dapat leather shoe dengan harga 109dirham je, Nine West jugak.

Ok..I have to stop now..lepas ni nak pegi desert safari.  Orang cakap best dan mesti cuba.  Nak bersiap sekarang ni..lepas ni kena check out, simpan beg kat concierge, pegi desert safari, malam ni lepas desert safari ambik beg kat hotel then, terus pegi airport and check in.  My flight pukul 3.15pg. 

K, see ya!

No comments: