Siapa nak kurus???
Ini petua yang kawan aku bagi.
Katanya sebelum aku kenal dengan dia dulu, dia agak chubby orangnya. Tapi semangat untuk menurunkan berat badan dan kelihatan cantik sentiasa ada dalam jiwanya. Dia cakap petua ni mak dia yang bagi. Tiga bulan dia makan menu yang mak dia bagi ni, berat badan dia turun dan maintain sampai sekarang walaupun dia bukan orang yang berkira pasal makan, apa dia teringin semua dia bedal. Tapi dia bukanla jenis yang buruk lantak, cuma tak obses la dengan badan kurus.
Macam makanan untuk orang bersalin. Itu first komen aku dan dia pun cakap orang yang berpantang memang makan camni untuk panaskan badan. Hmm..sekarang ni aku masih dalam kategori kurus, BMI underweight pulak tu. Jadi aku tak lah rasa nak amalkan sekarang, mungkin satu hari nanti bila berat aku dah melepasi standard yang normal aku akan amalkan. Harapnya berat aku takla naik mendadak sampai ke tahap yang aku takleh terima. Aku malas sebenarnya nak buat mende-mende gini.
Petua yang diberikan adalah seperti di bawah,
Lada hitam (dikisar)
Halia muda (dikisar)
Ikan bilis (di rebus atau dicelur kemudian di tumbuk kasar)
Gaulkan ketiga-tiga bahan di atas dan makan bersama nasi putih yang masih panas.
p.s: sekiranya kamu ingin mencuba, semuanya adalah di atas risiko kamu sendiri ya!
(sukatan bahan tu agak-agak je, cuma lada hitam dengan halia muda tu janganla letak terlampau banyak kang badan terlebih panas pulak)
petua oleh: Hana
No comments:
Post a Comment