Friday, August 2, 2013

Beza raya di tempat aku dengan tempat lakiku


Memula aku nak tulis beza antara semenanjung dengan Sarawak tapi aku blum cukup ilmu nak membezakan budaya antara dua tempat tu, terlalu besar skalanya.

Sebenarnya aku tulis tajuk ni sebab ramai kawan aku tanya beza sambutan hari raya kat tempat mertua sementelah mertua aku berasal dan tinggal di Bintulu, Sarawak. Mungkin diorang ni tengok aku macam happy je bila cakap tahun ni giliran kampung Zz. Well, kalo sedih pun nak buat apa? Kena la ingat, lakiku itu ada mak bapak jugakkan?Lagipun hubungan aku dengan mertua dan ipar baik-baik je. Takkan la balik2 nak beraya kampung bini je. Tolak ansur la sikit. Tak berbaloi pun buat muka sedih bila tiba giliran beraya dengan mertua. Baik enjoy the positive side of beraya dengan mertua..:)

Ok, back to the topic. Sebenarnya ni baru kali kedua aku nak beraya kat Bintulu. Dulu masa tahun pertama kawin kami raya kat sana buat pertama kalinya dan sebenarnya sambutan raya lebih kurang je kecuali beberapa perbezaan.
  1. Kebanyakan orang lelaki kat sini lepas hari raya pertama je dah tak de pakai baju melayu lengkap lagi, tapi bagi diorang selagi dalam bulan raya dan berniat nak ziarah raya diorang akan pakai baju melayu lengkap bersampin especially minggu pertama Syawal.
  2. Dorang takde ketupat nasi dan ketupat daun palas. Tapi ada lemang dengan kelupis. Lemang diorang sama macam semenanjung. Kelupis pulak menyamai ketupat daun palas sebab guna pulut tapi dibalut guna daun khas yang aku taktau nama dia kemudian dikukus. Aku memang rindu ketupat nasi kalau raya kat sana tapi nak compare ketupat daun palas dengan kelupis, aku rasa kelupis lagi sedap dan lemak rasanya.
  3. Rendang tak glamor sangat kat sana tapi diorang ada daging masak hitam. Sedap dimakan dengan kelupis dan lemang.
  4. Kalau kita kat sini atas meja penuh dengan segala macam biskut dan kerepek, diorang pulak meriah dengan Sarawak signature dish iaitu kek lapis. Biskut  pulak ada  satu dua balang je. Masa ni la aku taram segala macam kek lapis. Sedap wehh…
  5.   Kita kan sibuk nak sedia air ribena la, sunquick la, sirap la..kat sana diorang bagi air berkarbonat. Semua rumah sama…Cuma lain perisa je…yang ni aku tak berapa ‘in’, sebab tu hampir tiap rumah aku minta air kosong je. Manis laaaa…
  6.  Kalau kat tempat aku, pakai baju raya dalam rumah hanya pada hari raya pertama je, raya kedua dan seterusnya aku hanya salin baju raya kalau nak berziarah. Kat sana tuan rumah akan pakai baju raya atau baju yang sesuai bila terima tetamu beraya. Takdela sambut tetamu dengan tshirt dan kain batik je. 
  7. Jalan tak jem macam kat semenanjung. 
Masyarakat Islam kat sana memang bersungguh bila tiba Syawal ni. Kalau yang berniaga tu, cuti sampai seminggu tanpa kompromi. Ouh, kalau kaum kerabat lakiku, time raya suka sangat berkaraoke, taktaula kalau ni applicable untuk semua atau kerabatnya saje dan diorang jugak akan beraya ke rumah sanak saudara dulu berbanding jiran. Kalau tempat aku, kitorang beraya rumah jiran berdekatan dulu baru beraya ke rumah sanak saudara. Tempat dia, rumah jiran tu kemudian2 sikit. Aku rasa tu je la kot yang aku perasan masa beraya dengan mertua dulu. Mungkin ada yang aku tak perasan. Disebabkan budaya diorang tu, aku memang sedia baju baru lebih sikit bila tiba giliran beraya dengan mertua.

Thursday, August 1, 2013

Pre Raya 2013


Ramai giler orang up entry persiapan raya. Aku pun..hehe..selalu aku suka berangan best2 dua tiga bulan sebelum raya. Tapi tahun ni aku rasa tetiba je dah posa pastu eh, dah nak raya la….bukan mama baru je masuk keje ke???..mana baju mama ni dedi???baju dedi kita fikir kendian2 skit.

Baju Darrien aku dah belikan masa Sogo sale bulan lepas tapi macam nak tambah je lagi, nengokkan saiz badan anak aku tu..takut pulak baju yang aku beli tu kotat walaupun dah beli saiz 6-12 months hari tu. Padahal secara biologi umur dia baru 3 bulan. Hai la anak…cepat nau memberar...mula2 tak plan pun nak sedia baju melayu kat Darrien tapi Wa Nenny dia pulak dah spon sepasang kaler merah. Dah aku pulak pening nak beli baju sedondon kaler merah nak sama ngan anak padahal aku berangan nak pakai kaler hijau tahun ni. Kaler mesti la sama, takmaula nampak macam keluarga burung raja udang pulak mak pak pakai hijau, anak pakai kaler merah.. :)

1st week puasa, aku jalan kat Jalan TAR. Ceh, skit pun takde yang menepati citarasa. Hampa. Tapi aku beli jugak sepasang kurung Pahang.  Zz kate aku nampak really sweet n seperti mak –mak gitu bila pakai baju corak daun. Ceh..nak tegur aku punya ‘sign of aging’ la tu. I take it as a compliment ok..TQ.  2nd week, aku pegi Wangsa Maju dengan butik BAK. Hampa lagi. 3rd week, aku balik kampung sempena nuzul quran. Dapat 2 pasang terus! Lega…….merah dengan kelabu. Hijau tu kelaut la jawabnya..seb baik yang kelabu tu ada manik hijau. Nanti aku matchingkan dengan tudung hijau. Kalau aku tau baju yang aku berkenan ada kat Parit Buntar takdelah aku buang masa berjalan every weekend. Now, I heart Parit Buntar!

Hujung minggu ni, nak keluar lagi.. Zz nak cari baju melayu lagi sepasang. Nak match ngan baju kelabu aku pulak..ngehehe… Tahun ni dia sedia 2 pasang baju melayu. Takpe, kalau beraya kat Bintulu memang akan pakai pun. Meriah raya aku tahun ni..tak sedar dah ada 4 pasang baju aku. Termasuk yang aku tempah kurung tradisional kat kampung masa aku dalam pantang hari tu.

Juadah raya pulak, aku dah sedia 2 jenis biskut dengan 5 jenis kek lapis. Asal ade je, kang banyak2 membazir pulak. Kalau takde, aku pulak yang kalut kalau tetamu datang. Sedara-mara aku suke nau buat kejutan, baik aku sediakan payung sebelum hujan.

Wednesday, July 31, 2013

Geng mama


Malam tadi Darrien aka bambam tu tido lewat. Pukul 11 wehhh…sangap aku tunggu dia tido. Plan nak rendam baju raya aku dalam baldi pun cancel. Dahhhhhh….tak terbasuh lagi. Hujung minggu ni nak kena pack barang dah. Ni semua gara2 Zz la. Malam sebelumnya dia outstation. Aku dah story mori kat si bambam tu yang bapaknye takde malam ni, then kul 9 dia dah tido. Settle.

Malam tadi, Zz balik sebelum buka puasa. Dia dengar je suara dedi dia..terus dia berenti menyusu…ok. Buka puasa dulu, aku pegang Darrien. Lepas Zz berbuka, aku pulak. Zz pegang bambam. Pas makan aku bagi dia susu balik. Ok dia tido…Zz pun keluar. Katenye nak gi bank…………………………………….tak lama pas Zz keluar bambam jaga..aku layan..dia ok2 je..sampai la aku boring..bagi susu dia toleh2 kepala..aku ajak sembang dia tak layan.

Lastnyer aku terlelap..tak lama aku terjaga balik dengar bunyi merungut-rungut dari bambam. Aku ambik sua susu…dia taknak! Tapi bila aku letak dia pusing2 badan kesebelah kiri dia sambil hisap ibu jari. Dua-dua belah tangan plak tu..cam lapar giler..bila aku angkat bagi susu dia tolak ngan lidah...jam dah kul 10.30 apsal la ko tanak tido nak oiiii…pampers kering je, perut tak kembung…Lastnyer aku terpikir…aku baring kat sebelah kanan dia..which is tempat tido bapaknye..aku pun pegi sebelah kiri and offer susu kat dia..ok dia nak…tak lama pastu Zz balik. Zz pun dengan suara perlahan bercakap ngan aku..dengar je suara dedinye yang perlahan tu..terus stop menyusu….terpikir lagi..adekah budak ini nakkan bapaknye???

Terus aku suh Zz angkat dia…tapi Zz takmau..nak mandi dulu katenye…ok. Darrien pun sambung susu..mata layu sesangat tapi usaha bukak kelopak mata menahan tido…terus aku cakap dekat dia, “Darrien nak dedi ke? Kalau nak dedi tunggu 5 minit dedi mandi…” tengok muka dia dah super layu, macam paham je apa aku cakap..mata dia tinggal 1mm je lagi nak terkatup tapi dia try bukak balik jugak…(kalau la aku terpikir nak record malam tadi..) masa tu rasa kesiannya kat anak aku…bila Zz lambat kuar bilik air sebab cuci baldi yang ada cicak mati kat situ, aku rasa cam geram je..padahal aku yang mintak dia cucikan pasal aku geli ngan cicak. Zz masuk je dalam bilik, pas pakai baju terus aku suruh dia ambik si bambam tu. Dia kata kejap lagi pun aku tak boleh..sekarang jugak..ambik anak dan dodoikan dia sekarang..Zz ambik letak kat atas riba tak sampai 2 minit dia dah lena. Hai la anak..macam2 peel ko ye..macam mane la agaknya kalau bapak ko kena outstation 1 minggu pulak nanti.

Dah bambam lena..dengan selamber badak bapaknye cakap “Darrien dah jadi geng abang, sayang xnak geng ke? “

Ptfffftttt…..puiii..aku rela takdak geng lagi.. anak baru 3 bulan dah tanya. Ko hengat beranak tu cam cabut gigi bang? Lepas cabut terus lega urat saraf tu?? kalau ye apsal la gigi yang satu tu blum pegi buang lagi, sanggup telan ponstan je??? sabar leh tak???? Pikir seronok dia aje..kesusahan aku mengandung, berpantang tak dipedulikan pon. Seb baik ari tu aku tak sampai meroyan kena berpantang sorang-sorang sekejap. Takat nangis-nangis je. Memang la sonok ada anak lagi, tapi sila tunggu troma aku hilang dulu ye.

Monday, July 29, 2013

Lulur susu


Raya dah dekat. Berangan nak mandi susu tapi duit ciput je..beli barang lain lebih baik daripada melabur kat spa. Tapi nak jugak memanjakan diri, akhirnya aku buat sendiri je. Simple je aku punya versi, mula-mula cam mahal tapi bila dikira balik takde la mahal mana pun. Jadila…tu je yang aku mampu.

Caranya: 
4 sudu besar susu tepung (aku guna hypermarket brand sebab murah, takkan nak guna susu anlene kot..)

1 sudu besar madu (yang biasa je, sedih la kalau guna madu Manuka…aku beli kat Eu Yan Sang tuuuu….)

2 sudu besar minyak zaitun (aku guna extra virgin olive oil sebab tu yang ada kat rumah)

Campur semua bahan, nak ekstra lembap lebihkan la madu dengan minyak zaitun tu.

Kacau sebati pastu biarkan dalam 10-15 minit baru lumur kat badan. Kalau pekat sangat, tambah air sikit.

Lumur sambil urut perlahan kat setiap anggota badan selama 15 minit.

Selalunya aku akan bilas lepas tu guna Johnson milk bath sebab kalau bau lulur susu je badan tak berapa harum.Tapi sekarang aku tengah suka sabun susu beras, jadi aku guna sabun tu je untuk mengharumkan badan.

Friday, May 31, 2013

Orang baru

26 April 2013, jam 12.15 tengah hari aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 3.7kg secara normal dengan bantuan vacum di hospital KPJ Selangor. Alhamdulillah.
Pengalaman aku melahirkan mungkin tak sepanjang atau sesukar orang lain tapi sakit bersalin bukan seperti demam atau selsema. Jadi berbaloi untuk aku ceritakan kat sini.
Aku mula sakit lebih kurang pukul 5.30pagi. Bermula dengan sakit yang menyerang bahagian perut dan tulang belakang serentak setiap 6-7 minit kesakitan tu jadi lebih kerap sekitar 1-2 minit sekali. Mula2 aku ingat tu cuma 'false alarm' macam yang aku pernah baca kat blog2 orang. Lagipun sebelum ni dah 2 kali aku kena 'false alarm'. Bila aku pegi bilik air dah keluar lendir berdarah barula aku dgn Zz buat keputusan nak pegi hospital. Dalam pada tu aku sempat mandi, sarapan half boil egg dan suruh Zz ironkan baju dengan tudung.mana tau kot belum bersalin lagi bleh pegi jalan2 coz confirm aku dapat MC kalau jumpa doktor. Siap pakai jeans lagi tapi maternity jeans la.
Masa nak pakai baju sakit jadi lebih kerap dalam 15-30 saat sekali. Position aku masa takdak lain macam harimau nak menerkam masa tu..sakitt ooo..setiap kali sakit aku nak Zz gosokkan belakang. Sebenarnya sakit tak hilang pun tapi tangan laki sendiri tu macam healing hands aku rasa kalau dia tak gosok aku nak menjerit sekampung rasanya. Nak turun tangga langkah demi langkah je, nak masuk keta lagila kena orang tolong masukkan kaki dalam kete.
Dalam pukul 8.45pagi aku sampai hospital. Macam check up biasa, pegi daftar, timbang berat dulu ambik urin. Nurse yang handle registration tu mungkin sebab dah biasa tengok orang sakit nak bersalin, dia terus hantar aku pegi ward. Tapi boleh jalan lagi time tu..xde pulak naik kerusi roda pegi ward walau tiga langkah sekali aku peluk ZZ nak tahan sakit. Malu? Kalau dah sakit nak malu apa? Lagipun aku peluk laki sendiri je bukan doktor hensem.
Sampai kat ward, nurse suruh aku masuk treatment room pastu diorang pasang mesin untuk kira kekerapan sakit tu bila tengok chart kat situ, nurse tu terus check bukaan. Sebelum tu dia cakap nak biar dalam setengah jam tapi tak pun bila diorang tengok chart tu. Lagipun diorang bajet lambat lagi sebab ni kandungan pertama. Biasanya orang kata melahirkan anak sulung lambat nak buka. Sekali serviks dah terbuka 5cm terus aku disorong ke labour room. Masa tu dah dekat pukul 10 kot.
Dalam pada tu serviks terus terbuka, sampai 8cm doktor pecahkan air ketuban. Lepas tu dia turun balik. Pukul 11.20 kot nurse check sekali lagi dah 11cm. Teran punya teran taknak keluar aku pun dah letih sebab pagi tu makan telur separuh masak 1 je. Malam sebelumnya pulak aku tak makan nasik patut aku kurang tenaga, doktor pun guna vacum..peluang diberikan 4 kali je. Tupun tak berjaya, last sekali aku teran yang kali kelima kalau tak perut aku kena bedah. Keluar! Huh lega tapi tak lama pastu kena suruh teran lagi nak lepaskan bahu. Seb baik tak sesusah nak keluarkan kepala. Lepas keluarkan uri dan jahit nurse suakan baby kat aku tapi aku tak dapat buka mata dah akibat penangan entronoks.hahaha...takpa Zz ada tolong untuk pastikan anak aku tak tertukar dengan anak orang lain. Aku dah penat. Baik aku pejam dulu. Tapi aku masih dengar Zz azankan bayi.
Sekarang dah sebulan Darrien Rahman wujud dalam hidup kami. Berat terkini adalah 5.5kg. Semangat anak aku, kalah kazen dia.
Sekian, lepas ni dah balik rumah sendiri susah nak online. Apa2 tertinggal nanti edit balik. Gambar pun tak dapat upload. Tak berapa pandai buat entry guna Ipad ni sebenarnya.