Wednesday, April 17, 2013

Kenapa dia....?

Sebab dia sayang saya.
Sebab dia percayakan saya.
Sebab dia adalah GPS saya.
Sebab dia adalah foreman saya.
Sebab dia adalah tukang paip saya.
Sebab dia je yang cakap saya cantik.
Sebab dia pandai baca peta, saya tak.
Sebab saya suka baring kat lengan dia.
Sebab bila saya merajuk dia akan pujuk
Sebab saya tak perlu berpura-pura ayu dengannya.
Sebab dia hanya menari dihadapan saya seorang saja.
Sebab bila saya keletihan dia akan ironkan uniform saya.
Sebab dia akan kiss saya setiap malam walaupun saya dah tidur.
Sebab bila saya nak campak ‘tantrum’ saya dia tak lari. Boleh ke?
Sebab dia merupakan travel agent tetap saya. Contract mati tu…
Sebab tiap-tiap malam dia akan ‘on’kan alarm dan set timer untuk aircond.
Sebab lepas saya cuci baju dia akan tolong sidaikan walaupun dah pukul 2 pagi.
Sebab dia akan teman saya pegi shopping walau akhirnya satu barang pun saya tak beli.
Sebab dia akan spray bilik sebelum tidur bila saya hantar report nyamuk berkeliaran dalam bilik.
Sebab dia menjadi imam solat saya, lepas salam mesti dia kiss dahi saya dan tegur bila ada jerawat..uh!
Sebab bila dia balik kerja saya akan sergah dia dari belakang pintu dan dia akan cakap..”eleh, abang tau dah..” .
Sebab dia tetap cuba makanan yang saya masak walaupun kadangkali saya try resepi baru yang diakui tak menjadi.
Sebab saya bebas bercerita apa sahaja genre yang diingini termasuk gosip artis semasa, dia adalah teman gosip saya.
Sebab dia adalah driver saya tapi kadangkala saya merupakan supir yang bawa pulang kereta bos dari airport  dan vice versa.
Sebab dia tak pernah marah bila saya belanja duit untuk kecantikan kecuali kalau barang tu terlalu mahal dia tegurla sikit.
Sebab dia akan charge phone tanpa perlu saya minta. Tiap-tiap malam dia akan check telepon saya sama ada bateri masih cukup atau tidak.
Sebab dia sanggup start enjin ke shopping mall seterusnya bila saya mahukan sesuatu barang dan tak dijumpai di shopping mall yang pertama.
Sebab dia adalah agen kenderaan saya. Service kete, renew road tax, tampal road tax baru kat cermin kete, cuci kete, check tekanan tayar etc.
Sebab masa jalan-jalan dalam mall, kalau dia tak pegang tangan maksudnya boleh jelajah sesuka hati dan dia akan follow je..sebaliknya kalau dia dah mula hulur tangan balik maksudnya “sayang, mari sini jangan jalan jauh sangat nanti berkenan nak beli”.
Yang paling hebat sekali adalah……………..dia adalah  ejen penghapus cicak dalam rumah saya! Dah 2 ekor cicak dia spray dan buang dalam lubang dalam bilik air.




 

Monday, April 1, 2013

Maryam


Lepas beberapa minggu aku kehilangan Cumi dan Ciki, aku jumpa Maryam. Aku jumpa Maryam di Tesco. Masa tu aku masih bersedih teringatkan Cumi dengan Ciki. Lepas shopping groceries, dah masuk dalam kete aku ternampak sekor kucing warna putih yang kurus kering. Terus aku mintak Zz pusing dan ambik dia. Jodoh agaknya, masa aku pegi kat dia, dia tak lari pun siap mengiau manja lagi. Kesian sungguh keadaan dia masa tu, lapar dan berkurap. Pandai pulak masa dalam kete elok je dia duduk atas riba. Takde pulak nak mencakar sebab takut atau terkejut. Jangan tanya kenapa nama dia Maryam, sebab tu je yang terlintas kat kepala masa tu. Dia pun nampak macam serasi dengan nama tu.


Ni sehari lepas disuntik, tak dapat angkat leher tu yang menonggeng aje..

Hari pertama Maryam kat rumah, dia kencing atas selimut aku. Aku hukum dia dengan menjentik telinga dia sikit dan tak bagi masuk dalam rumah dah. Masa tu Zz masih baring kat atas katil, kelam kabut dia terjun pegi bilik air..hahahaahaha…sekarang kalau Maryam masuk rumah dia macam fobia nak masuk bilik aku dah. Lepas beberapa hari, Maryam dibawa ke klinik untuk rawatan kurap. Doktor tu suntik dia, lepas tu 2 hari dia tak dapat makan nasi akibat kesan ubat suntikan tu. Nasib baik lepas 2 hari dia dah ok, kalau tak aku dah bawak pegi klinik sekali lagi takut dia mati tak makan pulak. Sedih aku tengok dia masa tu. Tak lama lepas tu, kuping kurap dia tanggal dan sekarang Maryam dah sembuh. Bulu dah cantik dan kuat makan. 


Maryam sekarang, dah cantik dan gemuk

Maryam ni lebih manja dengan Zz berbanding aku. Kalau Zz sidai kain mesti dia datang teman. Sama jugak kalau Zz panggil dia masuk rumah, mesti dia datang. Lepas tu landing kat celah kaki atau kat tepi perut macam nak dengar orang bercerita dengan kaki depan mesti park kat badan orang. Kalau dengan aku, dia kurang sikit. Sampai Zz nak usung Maryam kalau pindah nanti. Lagipun berbanding aku, Zz lagi kerap bagi makan dan susu kat dia sebab aku tak larat nak turun naik tangga sangat sekarang. Sebab tu kot dia lagi manja dengan Zz. Maryam ni pantang nampak kita pegang kotak susu. Susu adalah kegemaran dia. Tapi sekarang dah jarang bagi susu sebab susu kucing mahal ooo…sekotak dah 7 ringgit…kalau sehari sekotak dia minum, abis la duit…kalau makanan kucing tu tahan lagi..sekotak boleh tahan 2 minggu camtu.

Sekarang hidup aku dah happy semula, pegi keje dengan balik keje atau balik dari berjalan walau pukul 1 pagi sekalipun ada yang menyambut aku kat pintu pagar. Walau dalam hati aku masih mengharap keajaiban Cumi dengan Ciki balik rumah semula. Maryam jugak diterima baik oleh tuan rumah aku dan kucing-kucingnya jugak. Disebabkan tu, tuan rumah aku yang bagi Maryam nasi hari-hari. Aku cuma bagi makanan kering je. Hujung bulan aku bagi duit ikan kat tuan rumah tu. Taknak la menyusahkan tuan rumah banyak sangat. Lagipun Maryam tu kuat makan, dia yang pertama makan nasi dan yang terakhir tinggalkan pinggan. Sekarang Maryam ada gelaran kat belakang nama pulak, Maryam Gemok..seperti yang dipanggil oleh tuan rumah aku.

 

Sunday, March 31, 2013

Trip ke Terengganu


Ni adalah kali pertama kami buat kerja ‘out of the mind’. Percutian pendek ni tak pernah dirancang oleh kami berdua. Sabtu lepas (minggu pertama Mac) kami pergi Kuala Terengganu selepas makan tengah hari yang tak berapa menyelerakan kat JJ Sunway Pyramid (nasi goreng Teow Chew yang masin).  Zz ajak survey barang pun aku cam xde perasaan, tapi aku taknak balik rumah. Dah la taknak balik, orang ajak tawaf shopping mall pun aku taknak jugak padahal selalu laju je angguk. Aku cuma cakap nak pergi jauh dari rumah buat sementara. Last-last, dia topup Tngo drive ke arah Pantai Timur. Aku follow je la…aku rasa dalam pukul 1.30petang kot kami bertolak. 

Sampai kat Kuala Terengganu dalam pukul 7 malam. Perut pun dah lapar, tak dapat berfikir dengan baik sebab masing-masing dah letih kami makan A&W je kat Pantai Batu Burok. Ok…kalau tak penat lagi memang la nak cari tempat makan biasa je…sedap sikit, tapi kami tak book mana-mana hotel pun sebelum pergi…kenala pantas tu yang belasah makan kat fastfood je. Nak dijadikan cerita, hari tu peringkat akhir LTdL 2013 yang berakhir kat KT. Semua hotel yang best dah fully booked. Padan muka, tak merasa nak tidur bilik mengadap laut. Primula, Grand Continental dan Tanjung Vista pun sama, penuh. Nasib baik ada satu hotel 3 bintang yang masih available kat kawasan berdekatan, Ming Star hotel. Dapat jugakla bermalam kat situ. Kalau tak, tido dalam kete kat tepi laut kot kami.   

Lepas check in, dapat la aku tengok Bella Awards berselang seli FFM awards kat dalam bilik. Bilik kat Ming Star tu ok la jugak, berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Bersih, selesa dan tak sempit. Sebab bercuti secara kilat, Zz beli barang keperluan asas yang baru. Best menghabiskan masa di luar kawasan secara tiba-tiba dan kami ‘pillow talk’ malam tu. Dah lama tak camtu.

Esoknya, lepas sarapan kitorang keluar ronda kat Pantai Batu Burok sekejap. Sebab matahari dah meninggi, kami terus ke pasar payang beli buah tangan sikit kang lewat pulak. Tangan Zz gatal je nak check in location kat Fb tapi terpaksa menahan jari jemarinya sebab takut mak dia marah bawak aku jalan jauh-jauh time ni..kang kantoi plak kalau mak mentua aku check fb, dia kalau boleh nak aku bersenang lenang kat rumah jaga perut je. Kat payang, aku beli serba sikit keropok kering dengan kain batik sarung. Nak beli batik lukis, nanti aku peram je dalam plastik walau hakikatnya ada la jugak yang aku berkenan bila jalan2 kat situ. Nak hilangkan rasa, aku beli kain ela yang murah corak batik kaler oren. Jadi la daripada takdak langsung. 

Keluar dari payang, kami pegi Taman Tamadun Islam.. 2 tahun lepas tak sempat pegi kali ni aku nak pegi jugak tengok apa ada kat sana. Untuk ni, sila tatapi gambar-gambar monument masjid yang kat bawah. 

Dalam perjalanan balik, selain merenung lautan aku singgah beli kepok rebus dengan satar..satar ni wajib untuk aku..kang macam telan air liur tak lepas kalau tak beli. Singgah makan tengah hari kat Marang..pastu meneruskan perjalanan pulang ke Shah Alam….sekian..tamat sudah percutian aku yang pertama untuk tahun 2013. 

Akhir sekali ni la gambar kenangan aku masa kat Taman Tamadun Islam tu, sebab cuti yang tak dirancang, maka henpon la penyelamat untuk bergambar. Seb baik travel charger ada dalam kete.













 


Ok, itu saja.



 

Wednesday, January 2, 2013

Kisah Zizzi, Cumi dan Ciki


 Gambar lama Cumi dan Ciki

Sejak beberapa bulan lepas, hati Zz sangat lembut pada kucing. Kalau dulu dia mengeluh bila aku cakap kucing kat rumah mak banyak sampai waktu makan pun dia orang teman, sekarang dia tak kisah lagi asalkan kucing tu jangan melompat kat peha dia. Kadang-kadang kucing tu melepak kat tengah-tengah kaki time dia baring pun dia dah tak kisah. Dulu, dia tak bagi kucing tuan rumah masuk dalam rumah kami sekarang dia yang buka pintu bagi kucing main kat dalam rumah. Dulu dia pandang je kucing tanpa perasaan, sekarang dia dah pandai baca air muka kucing especially bila kucing tu merajuk dia umpan balik dengan bagi makanan. Dulu dia tak kisah pun kucing tu lapar ke tak, sekarang dia yang belikan makanan kucing. 

Kalau kat kampung dia pulak, dia belikan bakul kucing untuk kucing adik dia, Nia. Main permainan kucing dengan kucing pastu siap carikan spray kucing dengan vitamin lagi. Dan dia tak kisah bila Nia ‘paw’ dia untuk barangan kucing. tapi benda lain Nia nak ‘paw’ tak dapat..hanya untuk kucing sahaja. 

Seminggu lepas kucing belaan bersama dengan tuan rumah hilang. Ada 2 ekor. Yang jantan namanya Ciki dan yang betina bernama Cumi. Rasa sedih sebab selalunya kucing-kucing tu akan tunggu masa pegi dan balik keje. Kalau berjalan kemana-mana dan kami balik lewat malam pun kucing-kucing tu akan sambut kat pintu pagar. Kadang-kadang kami bagi kucing tu masuk dalam rumah untuk bermain dan lepas kucing tu akan tetido sambil tengok tv.

Dah ronda dekat kawasan berdekatan kot-kot dia lupa jalan balik tapi tak jumpa. Semoga Cumi dengan Ciki dapat tuan yang baik hati dan boleh bagi makan sedap-sedap sampai gedempol.