Wednesday, July 31, 2013

Geng mama


Malam tadi Darrien aka bambam tu tido lewat. Pukul 11 wehhh…sangap aku tunggu dia tido. Plan nak rendam baju raya aku dalam baldi pun cancel. Dahhhhhh….tak terbasuh lagi. Hujung minggu ni nak kena pack barang dah. Ni semua gara2 Zz la. Malam sebelumnya dia outstation. Aku dah story mori kat si bambam tu yang bapaknye takde malam ni, then kul 9 dia dah tido. Settle.

Malam tadi, Zz balik sebelum buka puasa. Dia dengar je suara dedi dia..terus dia berenti menyusu…ok. Buka puasa dulu, aku pegang Darrien. Lepas Zz berbuka, aku pulak. Zz pegang bambam. Pas makan aku bagi dia susu balik. Ok dia tido…Zz pun keluar. Katenye nak gi bank…………………………………….tak lama pas Zz keluar bambam jaga..aku layan..dia ok2 je..sampai la aku boring..bagi susu dia toleh2 kepala..aku ajak sembang dia tak layan.

Lastnyer aku terlelap..tak lama aku terjaga balik dengar bunyi merungut-rungut dari bambam. Aku ambik sua susu…dia taknak! Tapi bila aku letak dia pusing2 badan kesebelah kiri dia sambil hisap ibu jari. Dua-dua belah tangan plak tu..cam lapar giler..bila aku angkat bagi susu dia tolak ngan lidah...jam dah kul 10.30 apsal la ko tanak tido nak oiiii…pampers kering je, perut tak kembung…Lastnyer aku terpikir…aku baring kat sebelah kanan dia..which is tempat tido bapaknye..aku pun pegi sebelah kiri and offer susu kat dia..ok dia nak…tak lama pastu Zz balik. Zz pun dengan suara perlahan bercakap ngan aku..dengar je suara dedinye yang perlahan tu..terus stop menyusu….terpikir lagi..adekah budak ini nakkan bapaknye???

Terus aku suh Zz angkat dia…tapi Zz takmau..nak mandi dulu katenye…ok. Darrien pun sambung susu..mata layu sesangat tapi usaha bukak kelopak mata menahan tido…terus aku cakap dekat dia, “Darrien nak dedi ke? Kalau nak dedi tunggu 5 minit dedi mandi…” tengok muka dia dah super layu, macam paham je apa aku cakap..mata dia tinggal 1mm je lagi nak terkatup tapi dia try bukak balik jugak…(kalau la aku terpikir nak record malam tadi..) masa tu rasa kesiannya kat anak aku…bila Zz lambat kuar bilik air sebab cuci baldi yang ada cicak mati kat situ, aku rasa cam geram je..padahal aku yang mintak dia cucikan pasal aku geli ngan cicak. Zz masuk je dalam bilik, pas pakai baju terus aku suruh dia ambik si bambam tu. Dia kata kejap lagi pun aku tak boleh..sekarang jugak..ambik anak dan dodoikan dia sekarang..Zz ambik letak kat atas riba tak sampai 2 minit dia dah lena. Hai la anak..macam2 peel ko ye..macam mane la agaknya kalau bapak ko kena outstation 1 minggu pulak nanti.

Dah bambam lena..dengan selamber badak bapaknye cakap “Darrien dah jadi geng abang, sayang xnak geng ke? “

Ptfffftttt…..puiii..aku rela takdak geng lagi.. anak baru 3 bulan dah tanya. Ko hengat beranak tu cam cabut gigi bang? Lepas cabut terus lega urat saraf tu?? kalau ye apsal la gigi yang satu tu blum pegi buang lagi, sanggup telan ponstan je??? sabar leh tak???? Pikir seronok dia aje..kesusahan aku mengandung, berpantang tak dipedulikan pon. Seb baik ari tu aku tak sampai meroyan kena berpantang sorang-sorang sekejap. Takat nangis-nangis je. Memang la sonok ada anak lagi, tapi sila tunggu troma aku hilang dulu ye.

Monday, July 29, 2013

Lulur susu


Raya dah dekat. Berangan nak mandi susu tapi duit ciput je..beli barang lain lebih baik daripada melabur kat spa. Tapi nak jugak memanjakan diri, akhirnya aku buat sendiri je. Simple je aku punya versi, mula-mula cam mahal tapi bila dikira balik takde la mahal mana pun. Jadila…tu je yang aku mampu.

Caranya: 
4 sudu besar susu tepung (aku guna hypermarket brand sebab murah, takkan nak guna susu anlene kot..)

1 sudu besar madu (yang biasa je, sedih la kalau guna madu Manuka…aku beli kat Eu Yan Sang tuuuu….)

2 sudu besar minyak zaitun (aku guna extra virgin olive oil sebab tu yang ada kat rumah)

Campur semua bahan, nak ekstra lembap lebihkan la madu dengan minyak zaitun tu.

Kacau sebati pastu biarkan dalam 10-15 minit baru lumur kat badan. Kalau pekat sangat, tambah air sikit.

Lumur sambil urut perlahan kat setiap anggota badan selama 15 minit.

Selalunya aku akan bilas lepas tu guna Johnson milk bath sebab kalau bau lulur susu je badan tak berapa harum.Tapi sekarang aku tengah suka sabun susu beras, jadi aku guna sabun tu je untuk mengharumkan badan.