Aku tak pernah tulis amalan pantang sendiri…hmmm meh sini
nak tulis sebab aku sendiri kadang-kadang lupa apa yang perlu dan apa yang tak
perlu. Maklumlah bukannya beranak tiap-tiap tahun, umur pulak makin meningkat
penyakit lupa tu sentiasa mencelah. Asasnya aku ikut cara mak aku la...mak
orang jawa. Tapi ada yang tambah tolak tu biasalah. Eh, aku tak mengandung ye sekarang...saja tulis untuk ingatan.
Berurut
Mak pesan kalau nak berurut tunggu dalam seminggu selepas
pantang. Urut awal sangat pun tak elok sebab urat masih bengkak. Tapi jangan
lewat sangat sampai sebulan pulak. Masuk angin nanti. Ouh..aku tak bertungku
hari-hari. Aku bertungku masa berurut je.
Bengkung
Aku pakai bengkung jawa. Ada juga yang moden dapat masa beli
set bersalin tapi aku suka yang tradisional juga. Sedap pakai sebab badan rasa
kejap, perut cepat kempis dan tulang pinggul cepat rapat dan kemas. Ni penting
untuk elakkan pinggul melebar selepas bersalin. Biasanya aku pakai 60 hari. 44
hari pertama aku pakai siang dan malam selebihnya malam je dan waktu siang aku
pakai bila rajin. Sebelum ikat bengkung mesti pakai tapel. Best…hangat je peru. Tapel boleh kempiskan dan tegangkan kulit perut. Biasanya aku pakai tapel malam
je sebab tak suka lantai kotor. Siang sapu minyak herba je. Bila habis tapel
aku letak minyak herba je kat perut sebelum ikat bengkung. Kalau ada krim yang
boleh hilangkan selulit bagus pakai masa ni. Bengkung aku custom made mak buatkan
8 meter cukup cover dari punggung ke atas perut. Aku pakai sendiri je.
Rambut dan tapak kaki
Rambut mesti ikat kuat-kuat dan tinggi. Biar selesa, kemas
dan elakkan angin di kepala. Dahi pakai pilis. Tapi masa beranakkan Inarra
kulit dahi aku jadi sensitif lepas 2 kali pakai aku tak tahan asik garu dahi
terus aku tinggalkan.
Kaki mesti berstokin 24/7, jalan perlahan-lahan dan berjalan
hati-hati jangan sampai ibu jari terlanggar tiang atau seumpamanya nanti
bentan. Biasanya aku pakai selipar jugak kat dalam rumah masa pantang dan juga
lepas pantang.
Makan
Nasi sepinggan penuh 2 kali sehari tak boleh tambah. Tu
embah aku pesan. Aku ada darah jawa ok jadi jangan pelik. Lauk pauk semua
rebus, bakar atau kukus je. Masa dalam pantang biasanya aku tak makan makanan
bergoreng (deep fry). Ikan bilis pun goreng tanpa minyak. Sayur semua bening je
(masak air). Tapi kalau kalau mertua aku yang jaga, dia tumis sayur aku (stir
fry), kalau aku cakap nak sup pun dia akan tumis jugak. Tu takpe sebab guna
sikit je minyak. Sayur tu sawi, lobak merah, lobak putih dan pegaga je. Tu la
sayur yang diulang-ulang selama berpantang kalau ada sayur lain pun
ulam-ulaman. Ouh…buah aku makan ye masa dalam pantang tapi aku cuma berani
makan epal merah je. Teringat masa di hospital bersalinkan Inarra pagi tu dapat
mee goreng. Memang tak sentuh la aku. Badan aku memang tak tahan makanan yang
angin-angin ni masa pantang. Aku tengok ada jugak dua tiga orang ibu bersalin
yang pasrah makan roti walaupun lapar pagi tu. Di antara waktu makan aku
kudap-kudap kismis, biskut meri, biskut lemak cicah air horlick. Memang
kelaparan masa pantang tu, sebungkus paling lama 3 hari je tahan. Sapa datang
melawat bawa biskut meri dengan biskut lemak memang aku cukup suka J
oh ya…aku makan juga multivitamin masa pantang sebab tak boleh makan
macam-macam masa ni.
Mandi
Aku mandi 2 kali sehari dengan air rebusan herba. 2 bulan
aku mandi air suam je. Selang seminggu biasanya aku scrub badan guna scrub
herba. Best…hangat je rasa. Lepas mandi kalau rajin pakai param, sapu minyak
dan berbengkung. Minyak sampai tapak kaki. Selalunya aku habiskan 2 botol
minyak herba masa pantang. Param memang best pakai tapi hidung aku tak tahan
debu bila kering je bedak param tu akan tanggal dari kulit. Hidung aku gatal tu
yang pakai bila rajin je. 2 minggu sebelum cuti habis hari-hari aku pakai mask
muka…takla nampak sangat muka tu letih bila naik keje. Aku mandi lambat sikit
kecuali hari berurut baru mandi awal. Petang mandi lepas asar.
Minum
Minum ni tak boleh sekaligus 500ml ye…kalau waktu biasa bila
haus memang aku togok je air sekaligus. Tapi bila pantang kena minum
sikit-sikit tapi kerap. Jangan makan bersulam air dan lepas makan seeloknya
tunggu lebih kurang 20 minit baru minum, ini tak pantang pun aku buat. korang
ikutla kalau taknak perut buncit. Aku memang minum air suam kosong selain
horlick. Seminggu sekali kalau rajin aku buat air inai dengan sirih. Kadang aku rebus serai
dengan pandan buat mandi aku simpan 1 mug untuk minum. Dua kali bersalin, aku
tak boleh minum air jamu walaupun kuning baby dah ok. Sebab baby mesti tak
selesa. Ais memang tak sentuh dan elakkan sentuh sampai bila-bila…hahahaa…kejam
pulak rasanya…ala lepas 100 hari kalau teringin minum la sikit. Tapi bila anak
dah 8 ke 9 bulan ada je aku order air sejuk kat kedai. Tapi jarang-jarang
sangat buat lepas teringin lepas tu minum air suam balik. Sapa tahan cubala tak
sentuh langsung. Aku tak boleh…memang ada waktu-waktunya aku jadi teringin tapi
boleh bilang dengan jari la berapa kali setahun. Konsepnya tak teringin tak
perlu minum ais.
Lain-lain
1. Masa mengandung bila rajin sapu minyak zaitun atau minyak
kelapa kat perut untuk elak kesan regangan. Takla sakit hati lepas beranak tengok stretch
mark. Tak buat hari-hari takpe tapi
mulakan seawal sah mengandung.
2. Kalau nak kurus, jangan focus pada berat. Fokus pada ukur
lilit badan. Berat badan memang lambat sikit turun. Yang penting ukur lilit
badan dikecilkan dulu
3. Luka jahitan kalau berdenyut dan rasa tak selesa boleh letak
serbuk manjakani yang dicampur sedikit air dan dijadikan pes. Aku dah cuba
hilang 80% rasa denyut tu. Baru selesa nak tido dan luka lebih cepat baik.
Kalau tak sakit boleh buat air cucian saja tak perlu tempelkan kat jahitan.
4. Arwah embah pesan kalau makan ayam makan bahagian isi saja.
Jangan sesekali gigit tulang ayam macam waktu tak pantang. Yang ni aku pernah
tergigit serpihan tulang ayam…ngilu gigi aku ya amat…patut dia tak bagi gigit
tulang. Mungkin kerana banyak nutrient dalam badan hilang masa proses
mengandung dan bersalin sebab tu rasa macam tu kot. Tapi bila dah lepas pantang
ok je. Masa recovery proses tu je yang tak boleh.
5. Dua kali bersalin 2 kali jugak jamu tak dapat minum. Hanya bila anak dah 6
bulan baru dapat minum. Tapi masa dalam pantang aku makan manjakani. Itu baby
ok takde buat hal.
6. Berpantang masa bersalin Inarra teruk aku kena sembelit. Lepas ni kalau bersalin lagi jangan lupa standby Lactul siap-siap. Menangis aku dalam tandas.
Cara berpantang aku mungkin bukan yang terbaik tapi sesuai
untuk aku. Aku cuba sedaya upaya untuk cukupkan tidur sebab kalau tak cukup
tidur memang senang kepala masuk angin.