Saturday, May 17, 2014

Cheesekut ll

Minggu ni adik aku,Ija datang. Plan asal nak ke kenduri kahwin sepupu tapi cancel sebab Darrien kurang sihat. Saja je nak bagi dia rasa kesedapan cheesekut jadi buat la malam tadi lepas Darrien tido. Kali ni guna Deluxe cracker pulak. Deluxe cracker memang sedap sebab biskut lebih lemak dan sedikit masin. Warnanya coklat gelap, jadi warna cheesekut kali ni lebih menarik. Resepi kali ni ada sikit 'kederhakaan' sebab aku tambah Nestle cream. Memang berlemak....takpe makan sambil minum green tea ye....aku punya green tea nama je import dari Jepun tapi  belum luak lagi. Tapi percayalah, bila cheesekut ni masuk mulut....hmmmm....nak lagi dan lagi dan lagi.....

250g cream cheese
1/4 tin susu pekat
150g Nestle cream
3 sudu besar gula icing
1 bungkus Hup Seng Deluxe Crackers
Secawan susu suam (susu segar/susu tepung yang dibancuh)

1. Pukul cream cheese sampai kembang.
2. Masukkan susu pekat,Nestle cream dan  gula icing.
3. Celup biskut dalam susu kemudian susun dalam bekas.
4. Masukkan adunan cream cheese dan ratakan menjadi lapisan nipis.
5. Ulang langkah 4 dan pastikan adunan cheese menjadi lapisan teratas/terakhir.
6. Letak topping kesukaan seperti milo atau nestum. Aku pilih milo.
7. Sejukkan semalaman sebelum dipotong.

Wednesday, May 14, 2014

Penkek pisang

Zz rajin beli pisang, kadang habis dimakan mentah kadang tak. Semalam dah buat cekodok 4 biji, hari ni ada lagi 2 biji. Nak makan macam tu je tak sedap sebab dah terlebih ranum. Buat lempeng sedap iugak....tak la membazir.

Bahan

2 biji pisang - dilenyek
1 cawan tepung berserbuk penaik - kalau nak guna tepung gandum biasa pun boleh tambah baking soda je.
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar nestle cream - xletak pun xpe
1 biji telur
1 sudu besar gula
Secubit garam
Air - kepekatan adunan ikut citarasa sendiri.

Gaulkan semua bahan dah rehatkan 5 minit.

Panaskan non stick pan dan sendukkan setengah cawan kecil

Balikkan selepas bahagian bawah agak keperangan dan biarkan sekejap kemudian angkat dan hidangkan.

*batter aku terlebih air, nipis je lempeng. Kalau nak lempeng jadi tebal tambah pisang atau kurangkan air biar pekat sikit.

Tuesday, May 6, 2014

Salt Cheese Cracker Cheesecake

Last month Zz ada meeting kat Sarawak. Aku minta dia belikan Nestle cream dengan salt cheese cracker. Sekali dia belikan 1 tin biskut, mula la akal ni berangan nak transform biskut jadi kek. Resepi asal dari blog Sky Blue Kitchen. Cuma kuantiti biskut yang aku gunakan lebih sebab nak bagi nampak macam mille crepe. Kek ni tak perlu bakar cuma perlu simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam dan sangat sedap.

Bahan

125 g mentega
250 g cream cheese
1 cawan gula aising
170 g Nestle cream (1 tin kecil)
3 bungkus Khong Guan salt cheese cracker
1 cawan susu segar - semalam takde, ganti dengan secawan susu anmum

Caranya

1. Pukul gula aising dengan mentega sampai kembang dan gebu.
2. Masukkan cream cheese dan pukul sampai gebu.
3. Masukkan Nestle cream dan pukul sebati. Ketepikan.
4. Celup biskut dalam susu dan susun dalam bekas/loyang hingga tertutup permukaan bekas yg dialaskan dengan baking paper.
5. Kemudian, lapis permukaan biskut dengan adunan krim tadi dan ratakan.
6. Ulang proses tadi hingga dapat ketebalan yang diingini atau sehingga biskut/krim habis.
7. Pastikan krim merupakan lapisan terakhir.
8. Akhir sekali, ayak sedikit milo di permukaan kek ( boleh diganti dengan nestum, atau serbuk biskut).
9. Masukkan kek ke dalam peti sejuk semalaman.