Monday, December 31, 2012

Trip ke Melaka


 Pintu masuk Mini Malaysia
Ni adalah trip terakhir untuk tahun 2012. Pegi Melaka beramai-ramai. Yeah..last week (22/12/12) Ijun datang membawa 2 orang kelindan iaitu Mail dengan Heri. Aku suruh Ijun datang awal supaya aktiviti menyoping boleh dihabiskan pada hari Sabtu juga dan aktiviti berjalan-jalan diteruskan di hari Ahad. Hahaha..dan dia boleh dikatakan berjaya. Syabas diucapkan kepada Ijun kerana tanpa ragu telah menghabiskan bonusnya kali ini! 

Kami pegi Melaka, aku dah pesan semua tido awal so dapat turun awal….tapi si ipar diorang(Zz la) pulak buat spoil. Datangnya bala tentera, di belinya pulak game Xbox baru. Lastnyer..yang jantan semua tido 2-4 pagi. Gerak dari rumah dah pukul 12. Jalan jam plak tu buat kepala aku berangin je.

Sebab turun lewat, tak dapat lawat banyak tempat. Lepas lunch kat RnR Ayer Keroh, kami melawat Mini Malaysia. Ok la jugak tempat tu..aku memang suka dengan rumah kayu. Dah la model rumah cute je..rasa cam nak main pondok-pondok pulak. Abis rumah kat Malaysia ni aku masuk. Kecuali yang dilarang. Rumah ASEAN pulak macam ada momok je aku tengok, tak selera aku nak masuk. Letih la jugak mengelilingi rumah-rumah kat Malaysia ni. 
Rumah Perak 
Rumah Selangor
Rumah Pahang

Rumah Perlis 
Rumah Pulau Pinang
Rumah Kedah
 Rumah Negeri Sembilan
Rumah Johor
Rumah Sabah
Rumah Sarawak yang masih 'under construction'
Lepas tu, minum sekejap kat cafĂ©..aku order Milo ais…susu pulak abis..takpela Milo bodo pun aku telan sebab haus sangat. Yang lain order Teh O Ais Limau, kesian diorang sampai mintak air gula disebabkan kemasaman tahap dewa. Dah la tak berupa The O Ais Limau…masam  plak tu. Redho je la….
Perut siapa lebih menonjol, kat atas kepala itu adalah cahaya 'Jimmy Neutron'

Menuju ke Bandar Melaka, park kete kat Dataran Pahlawan. Jalan kaki menuju ke Kota A Famosa dan panjat tangga ke Cathedral Stadthuys. Lepas menikmati pemandangan dari atas bukit tu, turun dan berjalan menuju ke Jonker Street. 
Kota A Famosa
Niat di hati nak naik Menara Taming Sari, tapi barisannya panjang..ada yang tak sanggup tunggu lalu rancangan dibatalkan. Kesian Heri…monyok je muka…takpa dik, aku dah dua kali pegi tapi tak dapat naik.  Daripada bujang sampai la dah kawin..ntah-ntah..aku dah bercucu baru dapat rasa naik kot.
Jonker Street
Perjalanan diteruskan, Mail beria-ria nak makan kat Umbai..bawakla dia kesana…sampai sana pukul 8. Pukul 8.45 barula makanan dihidangkan. Lepasla hajat diorang…kalaulah boleh cuti hujung-hujung tahun cam ni..nak je aku bermalam kat sana..tapi apakan daya…department aku busy…yang bestnya..sekali-sekala berjalan dengan adik –beradik best jugak dan tak la asyik turun naik shoping mall kat Klang Valley je. 

Ni la ahli rombongan ke Melaka, Zz takde sebab dia 'photographer of the day'


 

Saturday, December 29, 2012

Mee Udang Berasap


Aku balik kampung ajak orang kat rumah makan char kuey teow, tapi mak pulak bagi cadangan mee udang berasap kat Sg. Baru, Tg. Piandang. Demi memuaskan hati kedua belah pihak memula kami pegi makan char kuey teow lepas tu meneruskan misi untuk makan mee udang berasap pulak.
Mula-mula aku tertanya-tanya la jugak kenapa la nama dia 'mee udang berasap',sebab secara logiknya makanan yang di masak mestila mengeluarkan asap.
Rupa-rupanya asap tu disebabkan oleh 'sizzling plate' yang dipanaskan terlebih dulu...tapi memang berbaloi la makan kat situ. Servis cepat, makan sedap dan harga pun murah. Tiga mee udang dengan satu mee ketam beserta minumam cuma RM28 je..mana mau cari kat Klang Valley camtu..cer habaq mai.

Sent from my Windows Phone

Char Kuey Teow Along


Balik kampung kali ni sempat pegi makan Char Kuey Teow Along kat Kampung Kedah, Parit Buntar. Macam kata orang dulu-dulu'umpama sirih pulang ke gagang',camtula aku pun..kalau nak makan char kuey teow sedap mesti balik kampung. Sebab sampai hari ni blum jumpa lagi yang setanding dengan char kuey teow along kat tempat lain.

Sent from my Windows Phone

Saturday, December 8, 2012

Testing..

Ini percubaan pertama...kesian blog ni dah bersawang...

Sent from my Windows Phone