Thursday, September 23, 2010

FREE membership card from Watson!!!!

Sebelum ni aku ada tulis pasal Watson membership card kan? Kalau tak ingat check kat sini-->  Passport to Health Wellness Beauty

Hujung minggu ni ada event anjuran Watson kat Pavillion.100 orang yang pertama RSVP untuk setiap hari (24, 25 & 26 September 2010) akan menerima Watson VIP card percuma!!!!! Sape nak free membership card dari Watson? angkat tangan!

Jangan tunggu lagi....cepat-cepat RSVP! Sila klik kat sini -->http://www.dreamrepublic.com.my/rsvp/



 

Tuesday, September 21, 2010

Loreal Hydrafresh Anti Shine

Hydrafresh Anti-Shine

Dah lama Only Beauty hantar sample Loreal ni tapi hari raya baru pakai. Konon-konon nak elakkan muka nampak berkilau bila beraya waktu tengah hari..ecececece....

Sebelum pakai tu terfikir jugak kalau-kalau tetiba tak serasi jadi kemerahan pulak muka aku. Tapi kalau tak cuba mana tau. Ye tak? Masa sapu je krim ni kat muka...bestnyer......sejuk je kat muka aku.  Segar je rasa muka tu. Kulit pulak rasa licin je tapi tak berminyak langsung. Yang paling best adalah, kesan krim ni panjang.   Beraya sampai petang pun muka ok je. Takdela minyak berlebihan kat muka. Tapi taktaula sebab pakai krim tu ke atau sebab aku pakai dengan bb cream jugak baru tepek bedak kat muka.

Tapi memang rasa segar je bila pakai. Adakah aku akan menukar moisteriser kepada jenama ini? aku pun tatau lagi.


 

Sunday, September 19, 2010

Cerita raya 2

Geng raya tahun 2010, ni dah hilang separuh ni. Diorang 'chow' awal.

Raya tahun ni lambat 'panas' sebab jumpa geng lewat. hari raya pertama cuma sempat pegi 5 buah rumah je.  Raya kedua pulak sebab bertolak balik rumah embah lambat, tambah pulak bila sampai ada tetamu bawak 1 batallion ke rumah embah hingga mengubah jadual lawatan raya kali ni menyebabkan aku & famili cuma sempat beraya 2 buah rumah je malam tu. 

Raya ketiga..jeng..jeng...kami anak beranak dengan mak,pak sedara,sepupu plus anak buah beraya sakan.  Berkonvoi 6 buah kereta daripada jenis MPV sampaila kereta kompak. Kami beraya hingga 12 buah rumah dengan jumlah pasukan sebanyak 31 orang.  Berpegang teguh dengan prinsip 'tahun depan belum tentu aku raya kat sini' aku pun tahanla menjadi driver untuk raya tahun ni.  Jalan kecik, jalan besar sume lalu. Nasib baik kete aku tu auto. Takdela lenguh kaki nak tekan clutch. Tau-taula jalan kampung ni, bukan bleh laju je.. jalan pulak berlubang sana-sini. Dari tengah hari sampaila pukul 11 malam baru sampai rumah. 

Raya keempat pulak, lawatan raya diteruskan tapi dengan jumlah yang semakin kecik sebab famili makcik & abangku balik dulu. Tapi hari tu kitorang hit 15 rumah plak.  Lebih daripada hari sebelumnya. Dah, tak reti nak cite ape lagi..layann je la gambar-gambar aku & sepupuku. Aku balik ke rumah raya ke 5, tak puas lagi malam tu kitorang pegi beraya lagi 5 buah rumah. Tapi, tahun ni peruntukan raya hanya pada jiran & saudara je. Tak sempat nak melawat member. Tahun lagi 1 aku melawat korang ye........mesti!

Cucu's embah Saadiah, kat tangga rumah embah Sal

Menikmati pecal di rumah Wak Sani

Sebelum raya dengan orang, raya dulu dengan arnab


Arnab Wak Sani


Atin

Nana

Nak bergerak balik rumah, wajib posing dulu.


Latar belakang adalah kampung embah.


Jom balik

Sekian...terima kasih..selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


 

Passport to Health, Wellness & Beauty

Passport untuk ke Watson

Jumaat lepas dapat tahu yang Watson offer membership card untuk pelanggan diorang. Tak buang masa, aku pun pegi Watson hari berikutnya.  Sebagai pengunjung setia Watson, kira berbaloi la aku cepat-cepat dapatkan membership card sebab setiap bulan ada je benda yang aku rasa menarik dan berbaloi untuk dibeli kat Watson tu.  Setiap minggu mesti check promosi terbaru di Watson, siap jadi fan lagi kat facebook.


Nak dapatkan membership card ni korang akan dikenakan bayaran sebanyak RM12.  Bayaran tu sekali seumur hidup tau, lepas tu dah takde renewal fee atau apa-apa bayaran lagi. Jadi, takyahlah nak fikir expiry date kad tu lagi. Korang boleh dapatkan kad tu dari mana-mana kedai Watson di seluruh negara. Senang je....

Membership card Watson

Bersama kad tu, disertakan gift vouchers di dalamnya. Bolehla gunakan voucher tu untuk pembelian barangan di Watson.  Sambil tu boleh tambahkan points ke akaun korang.  RM1 untuk 1 point, setiap 200 point = RM1.  Points tak boleh ditukar kepada tunai, tapi boleh digunakan untuk membayar barangan yang anda beli di situ. Contohnya barang yang nak dibeli tu bernilai RM20, jika anda ada 200 points anda hanya bayar RM19 saja. Selain tu, pembelian barangan berjenama Watson akan dapat 2x points dan 5x points untuk pembelian pertama di bulan kelahiran korang. Untungnye....ni yang aku suka membeli belah di Watson!

Banyak voucher yang berguna untuk aku hehehehe...suker!!

Selain tu, akan dapat jemputan untuk promosi eksklusif dan program eksklusif yang dianjurkan Watson. Nak tau lebih banyak?? korang check kat Watson punya website sendiri.


Friday, September 17, 2010

Cerita raya 1 & Pemanduan Melalui Jalan Kampung

Dah seminggu Ramadhan berlalu. Raya tahun ni aku rasa aku paling aktif sepanjang hidup aku hampir 26 tahun. Mana taknya gila babas aku dengan adik beradik aku raya macam tahun depan raya dah tak wujud. Kalau boleh selagi orang tak tido asik nak bagi salam je kat depan pintu rumah orang.

Aku balik kampung 2 hari sebelum raya. Walau pihak Plus dah keluarkan jadual perjalanan lebuh raya, aku tetap rasa tak berapa confident nak balik ikut highway. Mana la tau jam jugak nanti. Lalu aku pun balik ikut jalan kampung. Mula tu takut jugak la kalau ikut jalan kampung pun jam jugak, tapi aku tawakkal jugak la. Kalau jam pun, sekurang-kurangnya aku tak perlu bayar tol.
Memandu dengan penuh ketenangan di waktu pagi sambil dengar Krill & Abang Jem membebel

2 hari sebelum raya di Lekir, Perak. Lengang je jalan.

Lori tepung terbalik kat Seberang Perak. 

Tips apabila anda memilih untuk memandu menggunakan jalan kampung:

1. Pastikan rehat anda extra cukup.
2. Jangan 'set'kan minda anda untuk sampai ke destinasi dengan cepat, anda akan cenderung untuk melebihi had laju yang ditetapkan.  Pandu dalam keadaan santai, kurangkan stress. Biar lambat asal selamat.
3. Beri laluan kepada kenderaan lain yang ingin memotong. Bertimbang rasa dan jangan memandu seperti anda mendapat 'lesen terbang' atau 'lesen kopi' iaitu memandu terlalu laju ataupun terlalu lembab macam siput babi.
4. Jika ingin membelok, memotong atau berhenti jangan lupaaa.....SIGNAL!!!!!! 
5. Jangan sesekali berbual di telefon atau membalas SMS semasa memandu, hilang fokus nanti!
6. Jika terjadi kemalangan dan pihak berkuasa dah tiba jangan perlahankan kenderaan dengan tiba-tiba melainkan anda juga mahu menjadi mangsa.  Setakat tolong tengok tu tak membantu langsung. Lainla kalau kemalangan tu baru berlaku dan anda adalah menyedari bahawa bantuan anda diperlukan sementara menanti pihak berkuasa tiba.

Itu sahaja dari pengalaman aku memandu melalui jalan kampung last week.  Kalau ada yang nak tambah lagi..sila tambah dalam komen anda. Sekian, terima kasih...

Tuesday, September 7, 2010

Pada semua yang sudi menjengah blog Che Jimah ni...


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.......


Mohon maaf atas silap dan salah...


Sayu je lagu ni....walau dah banyak lagu raya keluar di pasaran, yang lama juga menjadi favourite.

Monday, September 6, 2010

Tips Memandu di Musim Perayaan


Puasa dah nak cukup sebulan, raya pun dah semakin dekat. Yang memandu sendiri ke kampung halaman, berhati-hati. Pastikan badan cukup bersedia untuk memandu jarak jauh. Kereta pula, pastikan dah hantar ke pusat servis. Selain tu, rancang perjalanan dengan berkesan. Peringatan kat bawah ni bukan untuk reader je..aku pun sama...

  1. Servis kereta - Pastikan kesihatan enjin kereta berada di tahap yang optimum.  Antaranya minyak hitam, air bateri (kalau guna jenis kering tak perlula...), minyak gear, sistem brek, keadaan angin dan bunga tayar, lampu dan sebagainya.
  2. Topup Touch n Go - kebanyakan reload lane tidak beroperasi semasa pada waktu puncak musim perayaan, jadi jangan ambil risiko untuk menambah nilai kad anda setelah memasuki lebuhraya. Tambah nilai lebih awal dan secukupnya akan melancarkan perjalanan anda.  Lihat sini => Strategies to Ensure Smooth Traffic During Festive Season
  3. Rain repellent - Pastikan anda menggunakan rain repellent pada cermin hadapan untuk penglihatan yang lebih jelas ketika memandu sewaktu hari hujan.  Penting sangat!!!!
  4. Isi minyak penuh - Walaupun tempat yang dituju hanya mengambil masa 2 jam kebiasaannya, contoh KL - Ipoh...pastikan anda isi minyak penuh kerana keadaan trafik musim perayaan sukar dijangka.
  5. Rancang perjalanan - PLUS ada keluarkan jadual perjalanan kepada pengguna-pengguna PLUS. Luangkan sedikit masa anda untuk menelitinya dan merancang perjalanan dengan berkesan.  Anda juga boleh klik PLUS Travel Time Advisory untuk menelitinya. 
  6. Stamina mesti tinggi -  pastikan anda mendapat rehat yang cukup sebelum memulakan pemanduan.  Elakkan memandu dalam keadaan letih kerana anda akan mudah hilang tumpuan.  
  7. Bawa bekal dalam kereta - jika anda memilih untuk memandu pada waktu lewat petang di bulan puasa, pastikan anda  mempunyai bekalan makanan di dalam kereta.  Jadi, kalau RnR penuh bila waktu berbuka tiba takdela panik nak cari tempat makan.  Anda akan hilang fokus sekiranya perut anda lapar.
  8. Patuhi peraturan jalan raya -  sabar, anda bukan satu-satunya pemandu yang ingin pulang ke kampung. Bertimbang rasa dengan orang lain, yang penting anda sampai dengan selamat bukan berapa cepat anda sampai ke kampung.
  9. Patuhi prinsip asas memandu -  jangan memandu melebihi had laju (saman ketika Ops Sikap tak boleh dapat diskaun tau...), jangan mengekori kenderaan hadapan terlalu dekat, beri isyarat apabila hendak memotong, sentiasa berwaspada dengan kenderaan dihadapan dan dibelakang anda.
Selamat memandu dan selamat hari raya!!!!!!