Thursday, January 28, 2010

Nak kurus???

Siapa nak kurus???

Ini petua yang kawan aku bagi.

Katanya sebelum aku kenal dengan dia dulu, dia agak chubby orangnya.  Tapi semangat untuk menurunkan berat badan dan kelihatan cantik sentiasa ada dalam jiwanya.  Dia cakap petua ni mak dia yang bagi.  Tiga bulan dia makan menu yang mak dia bagi ni, berat badan dia turun dan maintain sampai sekarang walaupun dia bukan orang yang berkira pasal makan, apa dia teringin semua dia bedal.  Tapi dia bukanla jenis yang buruk lantak, cuma tak obses la dengan badan kurus.

Macam makanan untuk orang bersalin. Itu first komen aku dan dia pun cakap orang yang berpantang memang makan camni untuk panaskan badan.  Hmm..sekarang ni aku masih dalam kategori kurus, BMI underweight pulak tu. Jadi aku tak lah rasa nak amalkan sekarang, mungkin satu hari nanti bila berat aku dah melepasi standard yang normal aku akan amalkan.  Harapnya berat aku takla naik mendadak sampai ke tahap yang aku takleh terima.  Aku malas sebenarnya nak buat mende-mende gini. 

Petua yang diberikan adalah seperti di bawah,

Lada hitam (dikisar)
Halia muda (dikisar)
Ikan bilis (di rebus atau dicelur kemudian di tumbuk kasar)

Gaulkan ketiga-tiga bahan di atas dan makan bersama nasi putih yang masih panas.

p.s:  sekiranya kamu ingin mencuba, semuanya adalah di atas risiko kamu sendiri ya!
(sukatan bahan tu agak-agak je, cuma lada hitam dengan halia muda tu janganla letak terlampau banyak kang badan terlebih panas pulak)
 petua oleh:  Hana
     

Monday, January 25, 2010

Cuti - Cuti Sabah.....

Last week, 19 - 21 Januari 2010 aku pegi Sabah dengan tiga orang kawan.  Kitorang plan dari November 2009.  Pegi naik Air Asia, flight pukul 9.25 pagi dari Terminal PenerbanganTambang Murah (LCCT) KLIA .  
















Sempat posing sambil tunggu flight sampai.















posing lagi!
 


 Melawat muzium Sabah pada hari pertama menjejaki bumi Sabah...


Cultural village (sebelah muzium).  Di situ ada rumah-rumah tradisional masyarakat Sabah.
















Berposing di jambatan gantung.  

Walaupun jambatan tu tak panjang dan tak tinggi sangat, gayat jugalah masa lalu kat situ.


Jesselton Park


Pulau Mamutik.  
Ikan-ikan kat sini memang jinak-jinak manja. Macam ada pegawai pengiring pula masa buat aktiviti snorkeling. Apa-apa pun jom layan gambar.

          








                                      


                                                       
Pulau Manukan         
Aktiviti snorkeling kat sini lagi menyeronokkan terutama bila air pasang.  Dapat tengok lebih banyak hidupan laut di sini. Jom lagi layan gambar

P/s: Jangan lupa beli roti kering.  Lebih banyak ikan yang datang pada anda untuk meminta makanan.
                                             














Masa untuk pulang..(sempat lagi berposing untuk kali yang terakhir)

pic credit: Mai & Ajla

Sunday, January 24, 2010

Untuk yang pertama kali....

Salam,

Haa..tetiba je aku buka blog kat sini. Niat nak buka tu dah lama, tapi sekarang baru terlaksana...hahaha...ye la, setiap perbuatan tu kan harus dimulakan dengan niat, camtu la aku pun. Cuma aku simpan niat aku lama sangat, sampai la malam tadi aku paksa Ijun (my sis) untuk ajar aku buka blog sampai dia nak baca buku untuk test hari ni pun tak boleh.  Tapi takpe, aku takde la rasa bersalah sangat pun sebab test dia tu tak jadi dibuat siang tadi...kuss semangat...kalau tak aku mesti rasa bersalah kalau test hang tu hang tak lulus Jun...hehehehe (eh, ye ke?..apepun aku doakan hang lulus final sem nanti..)

oklah..aku taktau nak menceceh apa lagi.  Sampai berjumpa di lain entry....adios!